Gandingan Muka Baharu Dan Berpengalaman, Keunikan BN Dalam PRN Melaka

Gandingan Muka Baharu Dan Berpengalaman, Keunikan BN Dalam PRN Melaka

Keberanian kepimpinan parti untuk membariskan beberapa wakil generasi muda merupakan petanda baik bahawa pembaharuan politik terus berlangsung dalam parti-parti Barisan Nasional (BN).

Menurut Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan, di kalangan calon-calon muda ini ialah individu yang berkaliber dan bertenaga menawarkan imej segar dan ikrar khidmat bakti kepada rakyat.

“Bersama calon-calon yang lebih berpengalaman, mereka mewujudkan suatu barisan yang mengisi pelbagai julat umur, mewakili perspektif generasi masing-masing.

“Inilah keunikan tawaran BN kali ini, di samping selaras dengan konsep setiakawan dalam BN dan semangat Keluarga Malaysia, lapan kerusi juga dikongsi bersama parti-parti komponen,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu lagi, semua calon terutamanya golongan muda tetap akan memerlukan kerjasama, bantuan dan dukungan seluruh jentera parti.

“Dan saya yakin setiap daripada mereka sedia dan rendah diri memohon kerjasama tersebut, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk menjamin kejayaan parti,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada semua calon tersenarai yang bakal membawa obor BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tambahnya juga, kesemua calon yang dinamakan oleh parti mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Ulas Shahril lagi, semua pendukung parti bertekad mempromosi calon-calon BN dan memperhebat gerak kerja terutamanya dengan normal baharu.

Seterusnya katanya, melangkaui isu calon, dua perkara utama telah diperjelas sekali lagi hari ini.

“Pertama, calon Ketua Menteri dari BN ialah Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Kedua, semua calon menandatangani akuan bersumpah untuk tidak lompat parti dan menerima tindakan undang-undang diambil jika ingkar,” katanya.

Justeru itu katanya, kedua-dua perkara tersebut menjanjikan kestabilan sebagai satu tema utama dalam kempen BN untuk PRN Melaka.

Pagi tadi, Pengarah PRN Melaka yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan nama-nama calon BN bagi menghadapi pilihan raya negeri tersebut.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, pada PRN tersebut BN akan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN dan tampil dengan tema Kestabilan Demi Kemakmuran. – UMNO ONLINE

Gandingan Muka Baharu Dan Berpengalaman, Keunikan BN Dalam PRN Melaka

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker