#PRNMelaka : 3 KERUSI PANAS DI PARLIMEN TANGGA BATU

Oleh Wahida

Setakat hari ini, 3 parti telah pun mengumumkan calon masing-masing yang mewakili Barisan Nasional (UMNO/MCA), PH (PKR/PAN) dan PN (PPBM/PAS). Pada PRU14 lalu 2 DUN dimenangi BN dan 2 lagi dimenangi PH.

Nampaknya pada kali ini, 3 DUN merupakan kerusi panas iaitu N12 Pantai Kundor, N13 Paya Rumput dan N14 Klebang.

N12 bakal menyaksikan calon BN – Tuminah Kadi @ Mohd Hasim ditentang oleh penyandangnya Datuk Nor Azman Hassan yang telah dipecat dari UMNO dan kini mewakili PAN pula.

Manakala di N13 Paya Rumput, PKR telah meletakkan orang kuat mereka – Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk menentang Datuk Rais Yasin (BN) yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Pemuda Tangga Batu. Di PRU 14 lalu, DUN Paya Rumput telah dimenangi oleh Mohd Rafiq Naizamohideen (PPBM) yang kini telah lari untuk bertanding di Telok Mas.

Bagi N14 Klebang pula, ia adalah kerusi tradisi MCA. Menariknya kedua-dua calon dari MCA dan PKR pernah bertanding di DUN yang sama pada PRU14 lalu di mana PKR telah memenagi kerusi ini tetapi dengan jumlah majoriti agak tipis iaitu hanya 789. Nampaknya MCA akan sedaya-upaya mereka merampas semula Klebang dan peluang agak cerah memandangkan jumlah pengundi Melayu adalah 67%.

Bagi Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN) yang akan bertanding di N11 Sungai Udang pula bakal tidak mendapat tentangan hebat memandangkan kedua-dua penentangnya adalah muka-muka yang tidak popular.

Penyandang DUN Sungai Udang adalah Idris Haron, mantan Ketua Menteri Melaka yang mengetuai 4 ADUN yang menjadi kontroversi apabila mereka telah mengumumkan tidak lagi memberi sokongan kepada Ketua Menteri Melaka yang mengakibatkan DUN Melaka dibubarkan.

Kita masih ingat dengan kenyataan angkuh Idris Haron bahawa ahli-ahli UMNO Tangga Batu masih ramai menyokongnya dan beliau telah dicabar Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad namun, Idris kini telah lari ke Asahan untuk menentang Ketua Pemuda Melaka.

Segala teka-teki calon dari ketiga-tiga parti politik terbesar tanahair kini telah didedahkan. Hanya menunggu hari penamaan calon untuk dirasmikan pada 8 November nanti.

Apa pun yang bakal berlaku di keempat-empat DUN Parlimen Tangga Batu, yang pasti UMNO/BN telah lama bersedia untuk turun ke padang berjumpa pengundi dan keyakinan merampas semula Klebang dan Paya Rumput menjadi fokus utama di samping mempertahankan Sungai Udang dan Pantai Kundor.

Berikut adalah senari calon-calon DUN yang akan bertanding di Parlimen Tangga Batu setakat hari ini;

PARLIMEN TANGGA BATU

N11 Sungai Udang –
Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN)
Hasmorni Tamby (PKR)
Dr Mohd Aleef Yusof (PPBM)
————————————————————-
N12 Pantai Kundor –
Tuminah Kadi @ Mohd Hasim (BN)
Datuk Nor Azman Hassan (PAN)
Mohamad Ridzwan Mustafa (PPBM)
————————————————————
N13 Paya Rumput –
Datuk Rais Yasin (BN)
Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR)
Muhammad Faris Izwan Mazlan (PPBM)
———————————————-
N14 Klebang –
Datuk Lim Ban Hong (BN)
Datuk Gue Teck (PKR)
Bakri Jamaluddin (PAS)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker