PKR, Amanah dijangka calonkan bekas ADUN dalam PRN Melaka

PKR, Amanah dijangka calonkan bekas ADUN dalam PRN Melaka

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), masing-masing akan menerima seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun beliau memberitahu bahawa keputusan untuk mencalonkan dua bekas ADUN terbabit, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan akan dimuktamadkan sebelum majlis pengumuman calon pagi ini.



“Setakat yang saya faham, PKR hanya memilih satu, Amanah memilih satu (Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan).

“Walau bagaimanapun, akan dimuktamadkan pada lewat malam ini atau Insya-ALLAH, esok pagi sebelum kita umumkan calon.

“Saya mohon maaf kalau ada sedikit berbeza pandangan dengan beberapa rakan yang selama ini konsisten menyokong kita,” katanya pada sidang media berkaitan PRN Melaka yang disiarkan melalui Facebooknya pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, dalam konteks Melaka, beliau dimaklumkan empat ADUN yang terlibat menyokong PH untuk mengembalikan mandat gabungan itu dan tindakannya tidak sama dengan orang yang mengkhianati amanah dalam pilihan raya.

“Mereka berundur daripada parti mereka untuk mengembalikan mandat kepada PH, itu naratifnya. Walaupun ada berbeza pendapat, ada yang tidak setuju namun saya hanya menyampaikan alasan atau naratif yang dikemukakan.



“DUN sudah bubar. Soal lompat parti dan anti lompat parti tak berbangkit dan mereka bukan lagi ADUN.

“Mereka ini sekarang, memerlukan mandat baharu jadi terpulang kepada parti untuk menerima atau tidak,” ujarnya.-SH

PKR, Amanah dijangka calonkan bekas ADUN dalam PRN Melaka

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin



Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker