Ikea jangka kenaikan harga disebabkan krisis rantaian bekalan

Ikea jangka kenaikan harga disebabkan krisis rantaian bekalan

HARGA perabot dan perkakas rumah Ikea dijangka akan meningkat akibat gangguan berpanjangan terhadap rantaian bekalannya.

Perkara tersebut diberitahu sendiri oleh pemilik Ikea selepas peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan menjejaskan keuntungan, lapor The Guardian.

Inter Ikea Group, syarikat induk jenama Ikea yang dikendalikan oleh rangkaian perniagaan francais berkata, ia menjangkakan cabaran dalam rantaian bekalanya akan bertahan sehingga 2022.

Seperti kebanyakan jenama kelengkapan rumah yang lain, Ikea mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan untuk produknya sejak berlakunya wabak Covid-19 kerana pengguna yang terkurung membelanjakan wang untuk menghias rumanya.

Walaubagaimanapun, keuntung sebelum cukai Inter Ikea Group jatuh sebanyak 16% pada tahun fiscal hingga akhir Ogos kepada USD$ 1.98 bilion.

Pemilik Ikea berkata pandemik global telah menjejaskan pendapatan operasinya dan faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kenaikan mendadak harga pengangkutan dan bahan mentah.

Dengan gangguan kepada rantaian bekalan, syarikat induk Ikea menjangkakan situasi tersebut akan berterusan sehingga tahun depan.

Sebelum ini, syarikat Ikea pernah memberitahu cabaran terbesarnya ialah mengeksport produk dari China, di mana kira-kira satu perempat daripada barangannya dihasilkan.

Kedai-kedainya di Amerika Utara paling terjejas akibat kekurangan produk, diikuti oleh kedai di Eropah.

Peruncit telah mengalih keluar barang yang kehabisan stok buat sementara waktu daripada laman web dan kedainya untuk mengelakkan pembeli keliru dan kecewa.

Pada bulan lalu, firma tersebut telah mencadangkan langkah tambahan yang telah diambil untuk mengangkut bahan dari Asia ke Eropah, termasuk menyewa kereta api sendiri.

Jon Abrahamsson Ring, Ketua Eksekutif Inter Ikea, memberitahu Financial Times bahawa cabaran ketersediaan dan bahan mentah akan bertahan untuk tempoh yang lebih lama daripada yang kita fikirkan pada permulaan krisis. SM

Ikea jangka kenaikan harga disebabkan krisis rantaian bekalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker