Syed Saddiq kecewa PH cenderung berunding dengan ‘katak’

Sebaran :

Syed Saddiq kecewa PH cenderung berunding dengan ‘katak’

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seakan ‘berkecil hati’ dengan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan cenderung berunding dengan ‘katak politik’, berbanding beliau yang mempertahankan prinsip PH malah menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Muar itu memberi amaran kepada gabungan PKR, DAP, dan Amanah itu bahawa mereka itu tidak dipaksa mengkhianati PH, dan tidak ada masalah menumbangkan kerajaan Melaka sebanyak dua kali.

“Mereka sudah tentu gembira sahaja untuk menumbangkan untuk kali ketiga,” katanya dalam kenyataan.



Syed Saddiq mengingatkan PH bahawa beliau cuba mempertahankan ‘mandat rakyat’ ketika bekas partinya, Bersatu, khianat.

“Saya tidak menyertai, atau menandatangani apa-apa sokongan kepada Perikatan Nasional dari hari pertama.

“Saya menyokong idea United Opposition, dan saya menandatangani Akuan Bersumpah untuk Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri selaras dengan semangat PRU14.”

Katanya, sepatutnya PH tidak meninggalkan rakan, termasuk sahabat seperjuangan sepertinya.



“Meskipun segala apa yang telah kita lalui bersama, PH yang erat bekerja bersama saya dilihat cenderung untuk berunding dengan mereka yang tidak berprinsip, melompat keluar dari parti, berbanding rakan dan sahabat seperjuangan, termasuk saya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, turut mengingatkan PH agar tidak bersekongkol terutama dalam menerima empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka, yang didakwanya ‘pengkhianat’.

Beliau mempersoalkan bagaimana PH mahu mengangkat Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, sekiranya parti berkenaan bergelumang dalam kesalahan sama.

“Bagaimana kita ingin menghukum mereka yang mencetuskan Langkah Sheraton sedangkan kita juga menyokong tindakan yang serupa?



Beliau mendakwa, tindakan penyandang DUN Sungai Udang Idris Haron, melompat daripada Umno ke PH hanya kerana mahu dicalonkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka, sambil mendakwa bekas Ketua Menteri itu, secara mengejut melihat Umno sebagai ancaman kepada rakyat di negeri berkenaan.

“…ataupun dia melompat kerana sudah lama menjadi pengkritik Umno yang mana jelas dia bukan. Kita sudah boleh lihat hati dan niatnya dari awal lagi. Ia bukanlah untuk Melaka, atau rakyat dan semestinya bukan untuk PH,” katanya.

Semalam, Idris dan bekas ADUN Pantai Kundor Nor Azman Hassan, berkata kedua-dua mereka menyerahkan soal pencalonan kepada Majlis Presiden PH, menjelang pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Idris berkata, beliau dan Nor Azman, masih menunggu keputusan muktamad Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Anwar, sama ada diterima menjadi ahli parti komponen gabungan itu atau sebaliknya. FMT

Syed Saddiq kecewa PH cenderung berunding dengan ‘katak’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim


Sebaran :

Leave a Reply