Penjawat awam enggan divaksin dikenakan cuti tanpa gaji atau kontrak tidak disambung

Penjawat awam di Singapura yang memilih untuk tidak menerima vaksin Covid-19, bukan kerana masalah kesihatan bakal diletakkan di bawah skim cuti tanpa gaji.

Perkara itu dimaklumkan selepas Kementerian Kesihatan pada 23 Oktober lalu menegaskan, hanya penjawat awam yang sudah lengkap divaksin atau mereka yang sudah pulih dari Covid-19 dalam tempoh 270 hari dibenarkan untuk kembali bekerja di pejabat bermula tahun depan.

Menurut jurucakap Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura (PSD), pihaknya akan ‘melakukan yang terbaik’ untuk membolehkan penjawat awam yang enggan divaksin terus bekerja dari rumah sekiranya dibenarkan.

“Penjawat awam yang enggan divaksin juga akan ditukar ke jabatan lain yang boleh bekerja dari rumah, mengikut kesesuaian semasa.

“Sekiranya penjawat awam memlih untuk tidak divaksin, biarpun mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tidak ditukar ke jabatan lain, maka mereka akan dikenakan cuti tanpa gaji atau kontrak tidak diperbaharui,” jelas jurucakap itu.

Singapura mempunyai kira-kira 153,000 penjawat awam menerusi 16 kementerian dan lebih 50 lembaga berkanun.

Kira-kira 98 peratus penjawat awam sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala dua peratus lagi atau 3,000 enggan melakukannya. – AGENSI


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hadi kekal Presiden PAS, Tuan Ibrahim Timbalan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker