Jaguh skuasy Kenneth Low kini bekerja sebagai tukang cuci terima sumbangan dari PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada jaguh skuasy negara Kenneth Low yang dipercayai mengalami multiple sclerosis, penyakit kronik berkait saraf.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan disampaikan melalui Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Kenneth di Wangsa Maju, di sini hari ini.

”Semoga beliau (Kenneth) diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan segera,” katanya.



Turut sama menziarahi Kenneth ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Mutliracial Revert Muslims Firdaus Wong.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 di dunia, bekerja sebagai tukang cuci, hidup dalam kesusahan dan mengalami masalah kesihatan.

Beliau dipercayai mengalami strok sehingga menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, ketidakupayaan kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek, selain tidak mempunyai wang untuk melakukan ujian bagi menentukan tahap kerosakan pada otaknya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker