Pulau seram dipenuhi tulang manusia

Pulau seram dipenuhi tulang manusia

Sebuah pulau terpencil di Britain mempunyai kisah silam menyeramkan bersama tulang-tulang manusia yang bersepah dan sejumlah kubur tidak bertanda, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pulau di Wales itu yang kini menjadi habitat selamat untuk haiwan liar mempunyai sejarah menyeramkan.



Terdapat berpuluh-puluh ribu orang ditanam di Pulau Bardsey itu, malah jumlah mayat yang dikebumikan begitu banyak sehinggakan tulang-tulang mereka terjulur keluar dari kubur tidak bertanda.

Pulau Bardsey terletak sekitar 3.2 kilometer dari Semenanjung Llyn di Gwynedd, Wales Utara.Pulau itu mempunyai sejarah keagamaan yang panjang sejak ratusan tahun dahulu.

Pada kurun keenam, seorang raja dan paderi Wales dipercayai mengasaskan sebuah biara di Bardsey dan mereka akan menjadikan pulau itu lokasi kunjungan jemaah Kristian sepanjang tahun 1200-an.

Masyarakat dahulu percaya bahawa sesiapa yang meninggal dunia di pulau itu akan terselamat daripada kutukan abadi dan dapat terus ke syurga, demikian menurut media Wales Online.



Bardsey dipercayai sebagai tempat yang amat suci sehinggakan mayat-mayat dari luar dihantar ke pulau itu.

Bagaimanapun, pulau kecil berukuran cuma 1.8 kilometer persegi itu menjadi terlalu padat dengan cebisan tulang mayat-mayat orang yang telah dikebumikan terjulur keluar dari lubang kubur. K Online

Pulau seram dipenuhi tulang manusia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker