Honda CR-V serba hitam tarikan terbaru

Honda CR-V serba hitam tarikan terbaru

Honda Malaysia menambah barisan varian model CR-V dengan memperkenalkan varian baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, CR-V Edisi Hitam yang berpenampilan lebih berani dan garang.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, CR-V Edisi Hitam diperkenalkan melihat kepada kejayaan model tersebut dalam pasaran sejak pertama kali diperkenalkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) Honda Malaysia pada 2003.

Kata beliau, varian baharu ini memberikan lebih pilihan kepada pelanggan yang mahukan SUV dengan pakej keluasan ruang, keselesaan, keselamatan, prestasi dan nilai estetik tahap tinggi.

“CR-V terus melangkaui jangkaan kami dengan jualan memberangsangkan dan kini menguasai segmen SUV bukan nasional dengan 24 peratus pegangan pasaran pada Ogos 2021,” katanya.

Varian 1.5L TC-P 2WD itu tampil dengan warna Crystal Black Pearl eksklusif dan dilengkapi Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya Honda bersama ciri premium lain.

Menurut Honda, varian tersebut dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM161,913.99.

Selain penampilan serba hitam yang mengancam, CR-V Edisi Hitam turut dilengkapi enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menjana output kuasa sebanyak 193PS dan tork maksimum 243Nm, lebih berkuasa berbanding enjin 2.4L.

Pelanggan boleh menghubungi pengedar sah Honda di seluruh negara untuk maklumat lanjut dan sesi pandu uji. Utusan

Honda CR-V serba hitam tarikan terbaru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker