Penduduk Pokok Sena terperangkap banjir diselamatkan Bomba

Penduduk Pokok Sena terperangkap banjir diselamatkan Bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menyelamatkan 16 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Kotan, Pokok Sena yang terperangkap di tiga rumah susulan kejadian banjir petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain dipetik Bernama berkata, anggota JBPM dari balai Pokok Sena dan Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah bot, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.34 petang.

“Kesemua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam tiga rumah. Paras air ketika kejadian adalah setinggi 2m dan bot digunakan bagi memindahkan mangsa yang berada di bahagian tingkat atas rumah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mangsa yang terperangkap terdiri daripada enam lelaki, lima wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan itu dipindahkan sementara ke rumah saudara-mara mereka yang berhampiran.

Mohamadul Ehsan berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka secara rasmi di Pokok Sena.

Sementara itu Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah memaklumkan PPS akan dibuka sekiranya air belum surut dan mengikut keadaan cuaca dengan kini pihaknya masih meneruskan operasi serta pemantauan dari semasa ke semasa. FMT

Penduduk Pokok Sena terperangkap banjir diselamatkan Bomba


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker