Anwar bela ‘pengkhianat Melaka, mereka tidak terlibat ‘Langkah Sheraton’
Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim masih terbuka untuk bekerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan dan Noor Effandi Ahmad pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang.
Bercakap kepada pemberita di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini, Anwar berkata, ketiga-tiga mereka tidak terlibat dengan “Langkah Sheraton” yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan PH tahun lalu.
Sebaliknya kata Anwar, mereka kini mahu mengembalikan mandat yang diberikan pengundi kepada PH.
“Saya kurang bersetuju untuk orang longgokkan mereka sebagai satu kumpulan sama dengan Langkah Sheraton baru-baru ini yang mengkhianati amanah rakyat.
“Ini dia nak kembalikan kepada Pakatan Harapan,” kata Anwar.
Idris dan Nor Azman merupakan Adun Umno sebelum mereka dipecat kerana menarik balik sokongan kepada ketua menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.
Effendi pula merupakan Adun Bersatu yang turut dipecat daripada parti berkenaan.
Effendi sebelum ini mengakui kesilapannya kerana terlibat dengan Langkah Sheraton.
Kerajaan PH di Melaka tumbang pada 9 Mac 2020 selepas dua Adun Bersatu dan masing-masing seorang daripada PKR dan DAP menarik balik sokongan kepada ketua menteri ketika itu, Adly Zahari.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Idris, Nor Azman dan Effendi telah bertemu dengan pemimpin PH Melaka sebelum menarik balik sokongan kepada Sulaiman.
Kata Anwar, berdasarkan persefahaman ketika itu, ketiga-tiga mereka akan menyokong PH di Melaka untuk membentuk kerajaan baru.
Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku apabila Sulaiman berjaya meyakinkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN sebelum kerajaan baru dibentuk.
“Jadi sekarang kita ada masalah untuk menolak (mereka) begitu saja seperti diharapkan oleh sesetengah dalam media sosial. Itu tidak tepat soalnya dia sokong untuk kembalikan mandat kita.
“Kedua, persefahaman mereka adalah untuk mereka bersama. Dia dah jangka dia akan dipecat oleh partinya.
“Oleh demikian kita nak ketepikan begitu saja tak boleh. Saya kena bincang dengan pimpinan di Melaka, kemudian juga pimpinan PH, untuk mengambil kira hal-hal ini sebelum kita buat keputusan,” kata Anwar.
Anwar bela ‘pengkhianat Melaka, mereka tidak terlibat ‘Langkah Sheraton’
Baca Artikel Menarik:
- Bajet 2022: Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat
- PAS Berlagak Seperti Wanita Tercantik Di Melaka
- Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen
- PRN Melaka: BN Bawa Kemakmuran, Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Almy Nadia tak rela anak jadi ‘bahan ujikaji’
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung
You must be logged in to post a comment.