Selain Warna, Bau Air Kencing Boleh Ceritakan Masalah Kesihatan Anda

Selain Warna, Bau Air Kencing Boleh Ceritakan Masalah Kesihatan Anda

SELAIN daripada warna, bau air kencing juga boleh memberitahu keadaan kesihatan seseroang.

Urin terdiri daripada 95 peratus air dan selebihnya adalah campuran kotoran yang disaring oleh buah pinggang seperti kalsium, nitrogen, kalium dan sebagainya.



Ketika kekurangan cecair, tubuh akan lebih banyak mengeluarkan kotoran daripada badan dan ini menyebabkan air kencing seseorang berbau busuk.

Bau itu terjadi kerana tubuh mengubah asid menjadi senyawa yang mengandungi belerang yang menyebabkan bau menyengat.

Aroma urin juga boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan tubuh. Berikut adalah beberapa maksud berdasarkan bau air kencing.

1. Air kencing berbau amonia

Jika terdapat kehadiran amonia dalam air kencing anda, perkara itu boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing. Bau itu menunjukkan kehadiran bakteria sama ada di bahagian uretra, ginjal atau pundi kencing.



Melalui air kencing pelbagai perkara boleh diceritakan mengenai tahap kesihatan seseorang.

Urin berbau amonia juga boleh menjadi tanda adanya gangguan berikut.

a. Batu karang atau penyakit buah pinggang



b. Penyakit hati

c. Monopause

d. Jangkitan pada prostat

e. Penularan penyakit seksual seperti klamidia.



Bagaimanapun jika bau amonia hilang dengan cepat, ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Ia mungkin disebabkan seseorang mengalami dehidrasi atau pengambilan makanan tertentu.

2. Kencing berbau manis atau buah

Kencing dengan aroma manis atau buah-buahan menjadi tanda penyakit diabetes.

Bau manis itu disebabkan tubuh mengeluarkan lebihan glukosa yang tidak diserap oleh badan. Bagi kanak-kanak dan bayi, kencing berbau manis mungkin menjadi petanda masalah dipanggil maple syrup urine disease (MSUD).



MSUD adalah keadaan di mana urin tidak dapat memproses asid amino yang menyebabkan pengumpulan zat berbahaya dalam darah dan air kencing.

Kebiasaannya, tubuh manusia akan memecah makanan berprotein seperti daging dan ikan menjadi asid amino. Lebihan asid amino biasanya akan dipecahkan dan dikeluarkan daripada tubuh.

Bayi dengan masalah MSUD tidak dapat memecahkan asid amino yang disebut leusin, isoleusin dan valin. Kadar asid amino yang tinggi ini sangat berbahaya.

Salah satu gejala umum MSUD adalah air kencing berbau manis.



Bau air kencing yang disebabkan makanan biasanya hanya bertahan selama beberapa hari. Jika masalah itu berpanjangan, sebaik-baiknya segera berjumpa dengan doktor.

Selain Warna, Bau Air Kencing Boleh Ceritakan Masalah Kesihatan Anda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Mohammed bin Salman didakwa bunuh Raja Abdullah

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker