Remaja terpelanting, maut dipanah petir

Remaja terpelanting, maut dipanah petir

PASIR PUTEH – Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai dipanah petir semasa sedang menutup bahagian muatan belakang sebuah lori di kawasan kuari di Bukit Jerus, Selising di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.40 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Alif Haikal Ludin, 15, terpelanting dan rebah selepas dipanah petir.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan mendapati, selain mangsa, abang iparnya yang berusia dalam lingkungan 20-an turut terbabit dalam kejadian itu.

Menurutnya, bagaimanapun, abang ipar yang juga rakan sekerja mangsa berada dalam keadaan stabil telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa pada awalnya dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai dekat Melor, namun Muhammad Alif Haikal disahkan telah meninggal dunia.

“Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, menurut sumber yang bekerja di kawasan kuari tersebut, Muhammad Alif Haikal didapati tidak sedarkan diri manakala abang iparnya yang dikenali sebagai Mat Yi sempat mengucapkan kalimah syahadah selepas mereka berdua dipanah petir.

“Mangsa berasal dari Kampung Hutan Buluh, Melor dekat Kota Bharu dipercayai datang ke tempat kejadian untuk menghantar air dan nasi kepada pekerja di kuari berkenaan,” katanya. K Online

Remaja terpelanting, maut dipanah petir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker