Minum Timah macam minum wanita Melayu – MP PKR

Minum Timah macam minum wanita Melayu – MP PKR

Seorang ahli parlimen PKR menyamakan minum wiski jenama Timah yang kini menjadi kontroversi seperti “minum wanita Melayu”.

Rusnah Aluai (Pakatan Harapan-Tangga Batu) berkata jenama dan imej yang digunakan terlalu mengelirukan dan perlu diubah.

“Timah ini panggil jenama lain ke? The Mines ke?”

“Ini tidak bagus untuk wanita kerana akan dibayangkan Timah itu wanita Melayu, kak Timah, mak Timah, mak cik Timah.

“Jadi, apabila kita minum wiski itu seolah-olah kita minum wanita Melayu,” katanya di Dewan Rakyat semasa mencelah dalam perbahasan pindaan Akta Perihal Dagangan, hari ini.

Menurut pengeluar Winepak, jenama Timah dinamakan sempena perkataan Melayu untuk bijih timah.

Label itu juga memaparkan gambar Kapten Tristram Speedy, seorang pegawai Inggeris semasa penjajahan British di Tanah Melayu, yang dilihat berjanggut tebal dan berkopiah.

Rusnah berkata jenama wiski itu sepatutnya menggunakan gambar yang berbeza iaitu Kapten Speedy memakai topi berbanding kopiah.

Jenama wiski Timah telah menjadi topik hangat dengan pihak konservatif mendakwa ia sama ada mengelirukan atau menghina orang Melayu dan Islam.

Khalid Samad (PH- Shah Alam) bagaimanapun, berkata bahawa isu itu dipolitikkan.

Dia memetik contoh mengaitkan jenama wiski Timah dengan anak perempuan Nabi Muhammad – yang menurutnya adalah satu kesilapan.

“Namun, setahu saya tiada mana-mana kuliah yang ada ustaz di mana-mana surau atau mana-mana masjid yang mana nama atau peribadi Fatimah digelar sebagai Timah.

“Tak ada orang kalangan umat Islam panggil Saidina Fatimah sebagai Timah. Tetapi, oleh kerana ingin sensasikan persoalan ini nak politikkan perkara ini (hubungan itu dikaitkan),” katanya di Dewan Rakyat.

“Tambahnya, sekiranya PH menjadi kerajaan, maka ia dikatakan DAP nak serang umat Islam. Nak hina Saidina Fatimah dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, jentera Amanah juga menyerang PAS dalam isu itu.

Khalid mengeluh bagaimana umat Islam di negara ini sentiasa berasa seolah-olah mereka diserang.

“Malangnya, di negara kita, umat Islam diadakan dalam suasana mentaliti dikepung.

“Diberi gambaran umat Islam sedang diserang oleh yang bukan Islam. Bahawa bukan Islam ada satu rancangan untuk sabotaj umat Islam dan sebagainya.

“Inilah yang menjadikan banyak isu-isu tidak sensitif menjadi sensitif,” katanya.

Bagaimanapun, tidak semua orang berkongsi pendapat Khalid.

Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata walaupun orang bukan Islam dibenarkan minum arak, jenama Timah agak mengelirukan.

Dia bertanyakan bagaimana kerajaan boleh meluluskan jenama itu untuk pasaran Malaysia dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelak kejadian seperti itu. Mk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker