Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 buka tirai hari ini
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 membuka tirainya pada Isnin dengan tumpuan antaranya membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan ordinan-ordinan darurat.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.
Selain itu mesyuarat kali ini juga bakal menyaksikan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Selasa (26 Oktober).
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan pada 23 Oktober yang turut menyatakan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dijadualkan semula ke tarikh lain daripada rancangan awal pada 28 Oktober.
Pada 18 Oktober, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Wan Junaidi untuk mentakrifkan semula beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks MA63.
Turut menjadi tumpuan pada mesyuarat kali ini ialah Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 oleh Menteri Kewangan pada Jumaat, 29 Oktober, pukul 4 petang.
Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, rang undang-undang itu dijadual dibahaskan di peringkat dasar selama tujuh hari dan akan dijawab oleh menteri selama empat hari sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 13 hari.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 16 Disember. – Bernama
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 buka tirai hari ini
Baca Artikel Menarik :
- Idris Haron tersepit tidak tahu mahu menagih parti mana
- PRN Melaka acuan PRU-15 – Najib
- PRN Melaka: ‘Rakyat Rindu Zaman BN’
- Parti kerajaan akan ‘berperang’
- PRN Melaka: PAS, Bersatu tak setuju dengan tawaran UMNO – Nazri
- Isteri baharu Fizo Omar
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.