Tambah bantuan tunai B40

SHAH ALAM – Kerajaan diminta meningkatkan kadar pemberian wang tunai menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari RM1,200 kepada RM1,800 bagi kategori isi rumah B40.

Walaupun kerajaan sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sektor ekonomi namun ramai rakyat khususnya B40 masih belum boleh ‘bernafas’ kerana golongan tersebut memerlukan bantuan kewangan tambahan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi kerani, Wan Mohamad Syamrin Mohd Zuki, 26, pemberian bantuan secara bersasar sebelum ini masih belum mencukupi untuk menampung keperluan harian.

 

Wan Mohamad Syamrin
Wan Mohamad Syamrin

 

Wan Mohamad Syamrin bersetuju jika kerajaan meningkatkan jumlah BPR dari RM200 kepada RM400 bagi kategori bujang, manakala isi rumah dari RM1,200 kepada RM1,800.

“Kenaikan jumlah bantuan juga penting bagi meringankan beban rakyat yang terjejas malah dapat membantu golongan yang hilang pekerjaan untuk dijadikan modal perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Pandangan sama turut disuarakan oleh penjawat awam, Norsyuhada Samsudin, 34, yang mencadangkan kerajaan meningkatkan jumlah pemberian BPR dari RM1,200 kepada RM1,800 berdasarkan syarat yang ditetapkan.

 

Norsyuhada
Norsyuhada

 

Selain BPR, Norsyuhada yang berasal dari Kampar, Perak berkata, kerajaan juga boleh menyediakan bantuan telefon pintar dan data internet sebanyak 10 gigabit (GB) kepada pelajar B40 bagi membolehkan pembelajaran mereka berjalan lancar.

“Bantuan itu secara tidak langsung meringankan beban keluarga B40,” kata Norsyuhada.

Sementara itu, jurujual cenderamata, Rozila Yusoff, 43, turut menggesa kerajaan meningkatkan pemberian wang tunai kepada golongan B40 kerana pandemik Covid-19 menjejaskan ekonomi sekali gus memberi kesan terhadap kadar pengangguran.

 

Rozila
Rozila

 

“Untuk golongan B40, bantuan BPR diharap dapat ditambah kepada RM2,000 kerana peluang pekerjaan baharu semakin berkurangan dan gaji yang ditawarkan tidak setimpal.

“Ada juga majikan yang memotong gaji pekerja sehingga 50 peratus,” katanya.

Operator kilang di Nilai, Negeri Sembilan, Mohd Khairuddin Mahadi, 33, pula mahu kerajaan mempertimbang pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama seperti i-Citra sebelum ini bagi menampung kos perbelanjaan harian.

 

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin

 

“Bagi saya, iCitra atau i-Sinar dapat meringankan beban rakyat yang telah mencarum selama ini.

“Jika tidak digunakan sekarang, bila lagi pencarum akan menikmati kemudahan wang simpanan mereka.

“Pandemik Covid-19 juga telah menyebabkan ramai rakyat tertekan dengan hidup kerana tidak bekerja malah ada yang terpaksa diberhentikan kerja,” ujarnya.

Tambah bantuan tunai B40


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Idris Haron tersepit tidak tahu mahu menagih parti mana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker