Saga ‘pekak’ selamba redah banjir
Saga ‘pekak’ selamba redah banjir
Satu klip video berdurasi 27 saat tular di media sosial memaparkan sebuah kereta lama atau ‘legend’ meredah arus banjir dengan selamat begitu sahaja.
Klip video itu dikongsi di laman Facebook menunjukkan keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga edisi pertama mengharungi air banjir sejauh kira-kira 20 meter dengan air setinggi bonet kereta tersebut.
Walaubagaimanapun masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
Rata-rata orang ramai kagum melihat kehebatan kereta itu yang mampu melakukan aksi sedemikian.
“Itulah kereta ‘legend’ payah nak dapat kereta macam itu sekarang ini, kereta sekarang ini banyak yang manja sangat, kena lubang sikit dah meragam.
“Kereta-kereta lama masuk dalam banjir paras tingkap pun selamber je,” kata Nazri Hashim
“Terbaik kereta Malaysia, boleh transform (bertukar) jadi bot,” jelas Nizami Sousuke
Namun menurut, Tee Jay, kerosakan mungkin akan berlaku selang beberapa minggu selepas kejadian tersebut.
“Ye, tidak perlu risau kereta tidak lepas redah banjir, confirm (pasti) lepas.
“Cuma dalam seminggu dua nanti garu kepala la bila akibatnya muncul.” K Online
Saga ‘pekak’ selamba redah banjir
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU