Resepi Ayam Masak Varuval Menjilat Jari

Resepi Ayam Masak Varuval Menjilat Jari

Resepi kali ini ialah Ayam Varuval, masakan India yang terkenal dan disukai ramai.

Ayam Varuval ni mesti dimasak kering barulah menjadi dan sedap. Dah lepas masak memang betul-betul sedap hasilnya. Cukup dengan rasa berempah dan pedas, bau pun harum semerbak satu rumah.

Masa Penyediaan: 40 minit,
Masa Memasak:30-35 minit,
Jumlah Hidangan:1 ekor ayam

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

– 1 ekor ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar yogurt atau tairu
Bahan-bahan untuk rempah sangai:
1 sudu besar biji jintan manis
sudu besar biji jintan putih
1 sudu besar biji lada hitam

**NOTA: Rempah yang disangai masuk sekali bersama serbuk cili, serbuk kari dan serbuk ketumbar.

Bahan-bahan lain:

1 cawan minyak masak
Rempah 4 sekawan:
(1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 cengkih
4 biji buah pelaga)
1 tablespoon biji jintan manis
tablespoon biji jintan putih
5 tangkai cili kering
1 – 2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari
1 biji tomato
5 tangkai cili padi hijau
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Sedikit air
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
Potongan batang ketumbar
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Cili kering goreng
Daun ketumbar

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk perapan ayam:

Gaul sebati ketulan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan yogurt atau tairu.
Perap ayam dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk ayam varuval:

Tumbuk/kisar halus bawang putih dan halia.
Sangai jintan manis, jintan putih dan lada hitam sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
Tumbuk halus bahan sangai.
Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan, biji jintan manis, jintan putih, potongan cili kering, hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang kelihatan layu dan lembut.
Masukkan daun kari, hirisan tomato, potongan cili padi, pes bawang putih dan halia. Tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
Masukkan perapan ayam dan kacau sekata, lalu masak sehingga kering air ayam serta pecah minyak.
Tambah sedikit air serta bahan bahan sangai, serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk ketumbar.
Tabur potongan batang ketumbar dan masak sampai kuah pekat kering.
Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa (jika perlu).
Hias dengan taburan cili kering goreng dan hirisan daun ketumbar.
Kemudian, ayam varuval siap untuk dihidang.

Tips:

Perapan ayam yang lebih lama disimpan atau perap akan menambah lagi rasa kesedapan pada masakan.
Tidak perlu masukkan cili padi hijau jika mahu kurangkan pedas.
Pastikan masakan betul-betul dimasak agar hilang rasa mentah rempah dan cili.
Ayam varuval sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas atau roti seperti roti prata, roti nan mahupun tose.

Resepi Che Nom

Resepi Ayam Masak Varuval Menjilat Jari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker