Wanita 70 tahun lahir bayi sulung guna kaedah IVF

Wanita 70 tahun lahir bayi sulung guna kaedah IVF

Seorang wanita berusia 70 tahun di India selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya selepas bersetuju menjalani kaedah rawatan IVF buat kali terakhir.

Ini sekali gus menjadikan Jivunben Rabari, 70, wanita tertua yang pertama kali bergelar ibu di dunia menurut laporan Daily Mail, United Kingdom.

Rabari dan suaminya Maldhari, 75, yang berasal dari sebuah perkampungan kecil dikenali sebagai Mora di Gujerat, India telah berumahtangga selama 45 tahun dan gagal dikurniakan cahaya mata.

Namun akhirnya mereka berjaya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki menerusi kaedah IVF yang dikatakan efektif selepas putus haid (menopause).

Doktor yang merawat pasangan itu, Naresh Bhanushali berkata, ia adalah antara kes paling luar biasa pernah dikendalinya.

“Pertama kali mereka datang, kami memberitahu bahawa mereka tidak boleh mempunyai anak pada usia yang sangat tua. Namun mereka tetap berdegil.

“Mereka berkata ramai ahli keluarga turut melakukannya, ini memang antara kes paling jarang berlaku yang pernah kami kendalikan,” ujar Bhanushali.

Peluang untuk seorang wanita berusia 70-an melahirkan adalah sifar berikutan kebanyakan mereka melalui fasa putus haid ketika berusia 40-an hingga awal 50-an.

Namun, American Society of Reproductive Medicine mendakwa sebarang wanita tidak kira usia boleh hamil dengan bantuan perubatan selain mempunyai uterus yang normal walaupun sudah tidak mempunyai ovari.

Untuk rekod, pada September 2019, seorang wanita di India, Erramatti Mangayamma, dipercayai menjadi wanita tertua di dunia melahirkan bayi kembar perempuan pada usia 74 tahun. FMT

Wanita 70 tahun lahir bayi sulung guna kaedah IVF


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker