Lelaki Kerdil Diiktiraf Sebagai Ahli Bina Badan Terpendek Di Dunia [VIDEO]

Sebaran :

Lelaki Kerdil Diiktiraf Sebagai Ahli Bina Badan Terpendek Di Dunia [VIDEO]

SEORANG atlet India yang berketinggian tiga kaki empat inci (101.6 cm) telah merangkul gelaran Guinness World Records sebagai ahli bina badan terpendek di dunia.

Pratik Vitthal Mohite berkata dia mencuba nasib untuk meraih gelaran tersebut selepas dicadangkan seorang rakannya.

“Adalah menjadi impian saya untuk meraih gelaran Guinness World Records dan suatu kehormatan untuk mencapainya.



“Saya sangat gembira dan hingga kini ini akan menjadi pencapaian terbesar saya dalam karier saya,” kata Pratik.

Pratik memberitahu Guinness World Records bahawa dia mula membina badan pada tahun 2012 dan mengambil bahagian dalam acara kompetitif pertamanya pada tahun 2016.

“Keluarga begitu gembira dan bangga dengan saya dan rakan-rakan sangat menyokong dan membantu,” katanya.

Pratik dilahirkan dengan lengan dan kaki pendek yang luar biasa dan kemudian didiagnosis sebagai kerdil.



Ahli bina badan itu berkata dia kini mempunyai misi untuk memecahkan rekod dunia lain iaitu melakukan tekan tubi terbanyak dalam satu minit.-

INDIA TIMES

Lelaki Kerdil Diiktiraf Sebagai Ahli Bina Badan Terpendek Di Dunia [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana


Sebaran :

Leave a Reply