Sharnaaz kini ‘Presiden Kelab Duda Terlajak Konar’

KUALA LUMPUR: Gembira dengan berita pernikahan sahabat baiknya, Fizo Omar semalam, pelakon, Sharnaaz Ahmad secara berseloroh melantik dirinya sendiri sebagai presiden Kelab Duda Terlajak Konar berkuat kuasa hari ini.

Menerusi Instastorynya, Sharnaaz turut ‘mengumumkan’ pelantikan ahli majlis tertinggi kelab tersebut, Nazim Othman dan Azlee Khairi selapas Fizo secara rasmi ‘meninggalkan’ kelab itu.

“Tahniah! Selamat tinggal Fizo. Secara rasminya aku melantik diri aku sebagai presiden Kelab Duda Terlajak Konar (KDTK).

“Di samping ahli majlis tertinggi, Nazim Othman dan Azlee Khairi,” tulisnya.

Fizo sebelum ini juga secara berseloroh di Instagram memuat naik gambar dengan menyatakan dia menarik diri daripada kumpulan selebriti berstatus duda.

“Abang Joe left group ‘recond’ dulu okey. Apa-apa roger,” katanya.

Fizo selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya yang juga bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz, pada jam 10 pagi semalam.

Mmajlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

 

Sharnaaz kini ‘Presiden Kelab Duda Terlajak Konar’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sajat hanya lapor dia dikasari bukan diraba – polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker