Bekas pengarah SPRM biadap persoal kuasa pengampunan Agong
Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Bahri Mohammad Zin menyifatkan keputusan lembaga pengampunan terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak menunjukkan sistem keadilan di negara ini ‘sudah nazak’.
Katanya, keputusan lembaga pengampunan mengurangkan separuh hukuman terhadap Najib menunjukkan perbezaan layanan antara golongan kaya dan yang memiliki kuasa dengan rakyat kebanyakan.
“Kita dah menganut sistem keadilan jahiliah di mana si miskin wajib dihukum mengikut undang-undang manakala si kaya dan yang ada kedudukan akan ada sistem lain yang lebih selesa dan tak perlu ikut hukum 100 peratus.
“Sukar untuk kita ramalkan apa persepsi seluruh rakyat Malaysia ke atas sistem keadilan kita sekarang.
“Ia dilihat berada dalam keadaan nazak bila ada kes yang sedang dibicara dan dalam status dipanggil membela diri pun telah di-DNAA (Dibebas tanpa dilepaskan).
“Kini ditambah lagi dengan kes terbesar di abad ini yang juga belum selesai menjalani hukuman serta menunggu lagi empat kes perbicaraan jenayah boleh diputuskan sedemikian rupa,” katanya dalam satu laporan kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara ke atas Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun berkait kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Dengan pengurangan separuh hukuman tersebut, bekas perdana menteri itu dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
“Apakah Najib akan diampunkan lagi?
Kata Bahri dia amat terkejut dengan keputusan lembaga pengampunan memandangkan Najib sedang menghadapi empat lagi pertuduhan jenayah di mahkamah.
“Adakah selepas ini tertuduh akan diampunkan lagi andainya dia didapati bersalah?
“Apakah akan jadi kepada pesalah-pesalah lain yang menyakau duit kerajaan dan duit orang ramai yang jauh lebih rendah nilainya daripada yang dilakukan oleh tertuduh, apakah mereka tidak punyai hak yang sama seperti tertuduh?” soalnya.
Pada 2022 Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).
Selain kes SRC, Najib juga menghadapi pendakwaan di mahkamah membabitkan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB dan kes salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB.
Dia juga berdepan dua pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC sebanyak RM27 juta.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.