Majlis Presiden PH tolak Norhizam jadi calon PRN Melaka

Majlis Presiden PH tolak Norhizam jadi calon PRN Melaka

Hasrat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee untuk menjadi calon PH bagi Pilihan Raya Negeri Melaka tertutup.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi memutuskan untuk tidak menjadikan Norhizam calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung bulan depan.

Norhizam yang bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu antara empat ADUN yang menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bagaimanapun nasib tiga lagi bekas ADUN sama ada dipilih atau tidak sebagai calon PH tidak dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam isu empat bekas ADUN, Pakatan Harapan telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini. Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

“Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen Pakatan Harapan, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden turut memutuskan bahawa Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon Pakatan Harapan dalam PRN Melaka,” katanya.

DAP sebelum ini memutuskan Norhizam tiada tempat dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertegas untuk menolak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu sebagai calon mewakili gabungan parti pembangkang itu. Norhizam antara punca kejatuhan Kerajaan Negeri Melaka pimpinan PH tahun lalu.

Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata, Majlis Pakatan Harapan (PH) meraikan empat ADUN termasuk Norhizam yang berpaling tadah kerana mereka mengambil langkah untuk membawa perubahan di negeri itu sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu.

Anwar berkata, atas alasan berkenaan keempat-empat mereka diberikan sambuatan ibarat pahlawan yang hangat semasa majlis PH Melaka pada malam Isnin lalu.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik mengetuai jentera pilihan raya Pakatan Harapan Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.

PH juga akan menghantar wakil untuk bertemu serta berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ini bagi menyampaikan pandangan Pakatan Harapan serta memastikan prinsip demokrasi dijunjung, hak parti-parti politik bertemu pengundi tidak terjejas, dan perjalanan pilihan raya adalah adil kepada semua pihak terutama pada ketika Melaka berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara,” katanya. SM

Majlis Presiden PH tolak Norhizam jadi calon PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker