Resepi Korean Omelette Roll, Ringkas Tapi Terbaik

Sebaran :

Resepi Korean Omelette Roll, Ringkas Tapi Terbaik

Gyeran Mari or Korean Omelette Roll ~ Telur dadar gulung ala Korea. Bahan-bahan nak buat ni tak banyak, cara nak membuatnya agak tricky dan kena hati-hati supaya gulungan telur terbentuk elok dan tak pecah. Bahan-bahan dalam gulungan telur ni boleh letak apa saja yang dirasakan sesuai. Kalau nak cuba buat, resipinya di bawah.

Bahan-bahan:

8 biji telur – gred A
1 pokok daun bawang – cincang halus
1 biji cili merah – buang biji & cincang kecil
1 labu bawang besar – cincang halus
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa



Cara memasak:

1.Di dalam mangkuk, pukul telur dengan garfu.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau sebati.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jika boleh guna kuali empat segi, saya guna magic pan).
4. Tuang sedikit bancuhan telur dan ratakan (nipis saja). Masak dengan api yang kecil (takut hangit) untuk seminit, gulung telur dadar dari bahagian hujung kuali, kemudian tarik ke depan dengan membiarkan sedikit dadar tidak bergulung.
5. Tambah bancuhan telur pada penghujung dadar yang tak bergulung tadi lalu masak setengah minit dan ulangi proses menggulung.
6. Lakukan proses yang sama berulang-kali hingga semua bahan habis dan bentukkan gulungan telur tadi menjadi persegi dan pastikan gulungan telur bergulung sempurna (guna 2 spatula untuk membentuk gulungan).
7. Angkat gulungan telur yang telah masak sempurna secara berhati-hati dan letakkan atas papan pemotong. Potong gulungan telur dengan pisau yang tajam mengikut ketebalan yang digemari.
8. Hidangkan panas.

*Saya tambah cincangan bayam brazil dan parutan halus lobak merah dalam bancuhan telur. Kalau suka, boleh tambah parutan keju kegemaran, cincangan kecil sosej, salami atau apa saja yang difikirkan sesuai.

Kredit : Sue M Arukin



Resepi Korean Omelette Roll, Ringkas Tapi Terbaik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh


Sebaran :

Leave a Reply