KPM digesa campur tangan isu pengawal keselamatan tak dibayar gaji

KPM digesa campur tangan isu pengawal keselamatan tak dibayar gaji

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) campur tangan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada pengawal keselamatan di 10 buah sekolah di Perlis.

Dikatakan syarikat swasta yang diberikan kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan terbabit tidak membayar gaji kepada 38 pengawal keselamatan selama dua bulan.

JPKK berkata, tiada sebab syarikat terbabit untuk tidak menyalurkan gaji kepada pengawal keselamatan mereka memandangkan bayaran dibuat secara terus oleh kerajaan.

“Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk pihak syarikat lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.

“Jika bukan Kementerian Pendidikan yang lambat dalam membayar kepada pihak kontraktor perkhidmatan kawalan keselamatan untuk pembayaran gaji pekerja, maka ini bermakna bahawa pihak syarikat telah melakukan satu kesalahan pecah amanah,” katanya.

Lewat terima gaji sejak Julai

JPKK berkata, pengawal keselamatan terbabit lewat menerima gaji daripada majikan mereka sejak Julai lalu.

“Mereka hanya menerima gaji untuk bulan Julai 2021 pada 24 September 2021, sementara gaji untuk bulan Ogos dan September 2021 masih belum diterima sehingga kini.

“Pengawal-pengawal keselamatan ini bimbang bahawa tarikh pembayaran gaji akan dilewatkan lagi, dan gaji untuk bulan Oktober 2021 serta bulan-bulan yang akan datang juga akan mengalami masalah yang sama,” katanya.

Kerajaan sebelum ini melantik syarikat swasta secara kontrak bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dan kawalan keselamatan.

Namun, amalan ini menimbulkan keluhan terhadap dakwaan berlaku eksploitasi terhadap pekerja oleh syarikat swasta tertentu.

Parti Sosialis Malaysia menubuhkan JPKK untuk menangani masalah tersebut. Mk

KPM digesa campur tangan isu pengawal keselamatan tak dibayar gaji


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker