Pembentangan RUU baharu, lanskap Persekutuan Malaysia bakal berubah

Pembentangan RUU baharu, lanskap Persekutuan Malaysia bakal berubah, kata Salleh

Lanskap Persekutuan Malaysia dijangka berubah selepas kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang bagi mengembalikan hak sama rata kepada Sabah dan Sarawak, kata Salleh Said Keruak.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, semua pemimpin diharap dapat bersatu hati dan ketepikan sentimen politik dalam menjayakan usaha berkenaan.



“Kita nantikan dengan sabar perubahan progresif yang boleh memperkasakan hak Sabah dan Sarawak.

“Besar harapan kita agar pemimpin bermuafakat dan ketepikan sentimen politik dalam perkara ini. Ini kerana perubahan ini penting untuk tetapkan halatuju kita dalam Malaysia sebagai rakan kongsi bersama,” katanya dalam catatan di Facebook.

Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersetuju melaksanakan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Maximus Ongkili berkata, keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat MKMA63 hampir tiga jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kelmarin.



“Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan pindaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu. Pindaan itu juga akan mentakrif semula maksud Persekutuan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Cadangan pindaan itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63.

Ongkili yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, MKMA63 bersetuju agar cadangan pindaan RUU itu dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

“MKMA63 akan terus membincangkan perkara tertunggak dan memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipulihkan, terutamanya melalui jawatankuasa penyelesaian masalah di bawah MKMA63,” katanya. FMT



Pembentangan RUU baharu, lanskap Persekutuan Malaysia bakal berubah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker