Kenduri kahwin, tempat pelancongan abai protokol Covid-19

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan banyak majlis perkahwinan dan tempat pelancongan negara ini mengabaikan protokol kesihatan untuk mencegah penularan Covid-19.

Lapor CNN Indonesia, perkara itu disampaikan oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

“Presiden mengingatkan ramai yang mengabaikan protokol kesihatan baik di majlis perkahwinan, kawasan pelancongan atau membabitkan aktiviti lain,” katanya dalam sidang akhbar.



Atas dasar itu, kerajaan mendesak masyarakat untuk lebih mematuhi protokol kesihatan Covid-19.

Beliau juga memberi amaran potensi menghadapi gelombang ketiga lonjakan kes Covid-19 di Indonesia.

Katanya, pandemik boleh menjadi endemik sekiranya gelombang ketiga Covid-19 berlaku lebih awal.

Jelas beliau, endemik itu boleh bermula Januari tahun depan.



Sementara itu, Luhut berkata, keadaan semasa kes jangkitan Covid-19 di negara ini semakin hari semakin baik.

“Penambahan kes Covid-19 tidak berlaku seperti sebelum ini.

“Malah, tiada kes baharu dicatatkan di beberapa wilayah di Jawa dan Bali. Hanya beberapa kes kematian dilaporkan,” katanya.

Kenduri kahwin, tempat pelancongan abai protokol Covid-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


94 peratus populasi dewasa Malaysia kini lengkap divaksin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker