Kakitangan agensi penguatkuasa antara ditahan disyaki menyamun

Kakitangan agensi penguatkuasa antara ditahan disyaki menyamun

Dua kakitangan agensi penguatkuasa antara empat individu ditahan dalam serbuan di Sandakan, hari ini, selepas dipercayai terbabit kes samun berkumpulan di Beluran, Sabah.

Difahamkan, semua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu adalah penduduk Sandakan, malah dua penguatkuasa berkenaan turut bertugas di daerah sama, selain dipercayai ke Beluran, semata-mata untuk menyamun sebuah rumah di Kampung Rampek, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Beluran, Kasim Muda, berkata tangkapan dibuat hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan mereka jenis Proton Preve, pelbagai telefon bimbit, gari serta wang tunai berjumlah RM5,000.

“Semua suspek direman hingga 22 Okt dan ditahan di lokap IPD Beluran,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. FMT



Kakitangan agensi penguatkuasa antara ditahan disyaki menyamun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker