Jangan sampai menyesal di akhirat kelak – Firdaus Wong

Sebaran :

Jangan sampai menyesal di akhirat kelak – Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini menegaskan orang ramai pasti akan menyesal kerana memfitnahnya dalam isu seksual yang dikaitkan dengan seorang pendakwah bebas.

“Saya 100 peratus yakin di akhirat nanti, ramai yang akan menyesal tak sudah kerana berprasangka dan memfitnah saya dalam isu predator seksual jikalau mereka masih enggan bertaubat sekarang di dunia.

“Saya berharap mereka yang masih berprasangka dan pernah memfitnah saya segera bertaubat sebelum terlambat, keadilan dapat ditegakkan di dunia atau tidak, tetapi sebagai Muslim saya menyakini keadilan mutlak pasti terserlah di akhirat sebagaimana firman-Nya,” katanya dalam satu hantaran di Telegram sebentar tadi.



Tambahnya lagi, pihaknya telah memaafkan individu-individu yang berprasangka dan memfitnahnya,beliau juga mengingatkan orang ramai yang masih belum bertaubat segera melakukannya agar tidak menyesal di akhirat nanti.

“Saya telah memaafkan anda yang berprasangka dan memfitnah saya. Antara anda dengan saya telah selesai, jikalau anda masih belum bertaubat kepada Allah, urusan anda dengan Allah yang perlu diselesaikan dan saya mohon agar anda bersegera bertaubat padaNya.

“Jikalau anda masih terus menerus berprasangka dan memfitnah saya serta enggan bertaubat kepada Allah, maka anda akan menyesal dengan perbuatan anda nanti di akhirat kelak,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Firdaus telah membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan mengatakan beliau yang menyebar gambar dan video melalui aplikasi Telegram. – K! ONLINE



Jangan sampai menyesal di akhirat kelak – Firdaus Wong


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiga pegawai kanan SPRM disyaki ditahan?

Sajat punya hal, adik jadi mangsa


Sebaran :

Leave a Reply