Calon bersih jadi pilihan anak muda

‘Sudah tidak sabar mengundi, saya pilih individu yang tiada rekod jenayah’.

Itu reaksi anak muda mengenai kesediaan mereka untuk mengundi khususnya yang berusia 18 tahun yang berpeluang menjadi pemilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Menurut mereka, pelaksanaan Undi18 memberi peluang kepada anak muda menyumbang pembentukan masa depan Malaysia dan generasi muda.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, penuntut Asasi Sains Universiti Nottingham Malaysia, Nur Farahiah Abdullah Fahmi, 18, berkata, ramai remaja yang berusia 18 sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri berdasarkan senario semasa.

“Saya berpendapat kebanyakan individu dalam generasi saya mampu mengundi dengan bertanggungjawab kerana terdapat isu-isu sosial yang penting pada masa kini yang perlu kita baiki dan perlu diberikan perhatian ewajarnya,” katanya.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Habib Rafiqi Halim, 22, berkata, Undi18 satu pendekatan yang baharu kepada golongan muda untuk melibatkan diri dengan lebih awal dalam perjalanan pembangunan negara.

“Kerana golongan muda ini lebih mengetahui ciri-ciri pe­mimpin yang diperlukan sesuai dengan keadaan semasa dan golongan remaja ini lebih merasai sendiri keadaan kehidupan mereka yang memerlukan pemimpin bersesuaian,” katanya.



Menurutnya, berpolitik sangat penting kepada semua namun perpaduan dan penyatuan masyarakat perlu dititikberatkan supaya keadaan politik lebih matang dan sejahtera.

Beliau berkata, calon yang sesuai sebagai pemimpin negara ini terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada ahli politik yang senior atau yang baharu, asalkan dapat memberikan yang terbaik dari pelbagai aspek kepada negara.

Selain itu, penuntut Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, Khairi Hifzhan, 19, berkata, Undi18 dapat memberi faedah kerana ia menolong anak muda untuk bersuara tentang masa depan mereka.

Ditanya ciri-ciri pemimpin pilihannya, beliau menjawab, pemimpin itu mestilah di bawah usia 50 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah, kemahiran berkomunikasi dengan baik, boleh berwacana secara bijak dan profesional.



“Bagi calon Perdana Menteri, saya ingin melihat mereka yang baharu dan berusia muda, juga saya ingin melihat Perdana Menteri dalam kalangan wanita,” katanya.

Bagaimanapun penuntut Kewartawanan UiTM Shah Alam, Irene Matius, 21, memberitahu, usia 18 tahun terlalu awal untuk mengundi namun ia bergantung kepada individu dan situasi.

Katanya, situasi pendidikan negara tidak banyak mendedahkan tentang politik sebelum usia 18, jikapun didedahkan kepada politik, ia lebih ke arah parti politik dan bukan kepada bagaimana politik berfungsi di sesebuah negara.

Katanya, pemimpin yang ikhlas dan amanah menjalankan tanggungjawab serta berpendi­dikan tinggi menjadi pilihannya



Calon bersih jadi pilihan anak muda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


60 peratus wanita Singapura kurang nafsu seks



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker