Fikirkan soal bangsa Melayu

PETALING JAYA: UMNO perlu ingat krisis politik di Melaka adalah berpunca daripada parti itu sendiri, sekali gus perpaduan adalah perlu demi kepentingan bangsa Melayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Fasiah Fakeh berkata, jika UMNO, Bersatu dan Pas dapat disatukan, ia sudah pasti akan menyekat kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang hanya menunggu parti Melayu berpecah.

“Jadi, Presiden UMNO kena fikir kehendak rakyat kerana kekuatan Melayu datang daripada kekuatan parti.



“Kalau bergabung, saya yakin kita akan kuat. Kalau tidak, perkiraannya kita sangat susah nak menang,” katanya di sini semalam.

Fasiah dalam masa yang sama turut mengharapkan kebijaksanaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid untuk duduk berbincang mengenai kerjasama itu demi kepentingan bangsa Melayu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengingatkan tentang kesatuan UMNO dan Pas yang memberi semula kekuatan kepada kedua-dua parti politik Melayu itu setelah kalah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Dengan adanya penyatuan UMNO dan Pas, itu yang menyebabkan kita boleh menang. Untuk hadapi masa depan, jangan lupa sumber kekuatan UMNO dan Pas adalah daripada penyatuan ummah.



“Ia datang daripada penyatuan ummah, bukan daripada sumber lain. Kekuatan ini jangan dirosakkan kerana suatu ketika dulu, dengan penyatuan ummah inilah membolehkan tujuh kemenangan UMNO-Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya

Fikirkan soal bangsa Melayu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PRN Melaka: BN tidak bersendirian – Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker