Penuntut cemerlang lemas ketika selamatkan adik

Sebaran :

Penuntut cemerlang lemas ketika selamatkan adik

LUMUT – Bekas penuntut cemerlang Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kuantan lemas ketika menyelamatkan adiknya dalam kejadian di pantai Teluk Senangin, dekat sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, Asna Hazim Ahmad Kamal, 24, dikatakan berjaya menyelamatkan adiknya, Aqil Haziq, 12, daripada ditarik ombak ke tengah laut sebelum dia pula dibawa arus dan terkapai-kapai tetapi diselamatkan orang ramai yang berada di situ.

Dua beradik itu kemudian diberikan rawatan kecemasan sebaik dibawa ke pantai,sebelum kedua-duanya dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan lanjut.



Asna Hazim bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HSM manakala Aqil Haziq masih dirawat di hospital tersebut dan keadaanya stabil.

Bapa mangsa, Ahmad Kamal Mohd Isa, 58, berkata, terdahulu beliau bersama isteri, tiga anak termasuk mangsa dan seorang cucu menghantar seorang lagi anaknya ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut di Seri Manjung sebelum mendaftar menginap di sebuah chalet di Teluk Senangin kira-kira pukul 12 tengah hari.

Selepas itu, beliau dan isteri berehat di dalam chalet manakala Asna Hazim dan Aqil Haziq bersama seorang anak perempuannya pergi ke pantai.

“Tidak lama kemudian, anak perempuan meluru masuk ke dalam chalet beritahu yang dua anak lelaki saya itu lemas.



“Sebaik tiba di pantai saya melihat orang ramai sedang memberi bantuan pernafasan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik HSM lewat petang tadi.

Menurut Ahmad Kamal, Asna Hazim yang mencatatkan keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti tetapi memilih bidang kemahiran industri robotik di KKTM Kuantan di Pahang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan lemas. K Online

Penuntut cemerlang lemas ketika selamatkan adik




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon


Sebaran :

Leave a Reply