PH Melaka cabar pembubaran DUN, yakin tiada PRN
PH Melaka cabar pembubaran DUN, yakin tiada PRN
Pakatan Harapan (PH) Melaka positif Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak diadakan kerana yakin pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu dilakukan secara tidak sah.
Susulan itu, pasukan peguam PH pada minggu ini akan memfailkan kes mencabar pembubaran berkenaan dan keabsahan pembentukan kerajaan sementara di Melaka.
Pengerusinya, Adly Zahari, berkata pihaknya bukan sengaja melambat-lambatkan usaha untuk memfailkan kes, sebaliknya mendakwa ia berpunca daripada kelewatan kerajaan sementara mengeluarkan pewartaan pembubaran DUN.
“Hari ini pewartaan pembubaran DUN dijangka dikeluarkan dan sebaik saja ia diperoleh, pasukan peguam kami akan segera memfailkan kes di Mahkamah Tinggi negeri pada minggu ini juga.
“Jika pewartaan itu kami peroleh minggu lalu, sudah pasti usaha memfailkan kes dibuat minggu lalu juga,” katanya kepada BH, hari ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu berkata, PRN Melaka tidak perlu diadakan kerana usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19 masih belum berjaya sepenuhnya.
Beliau berkata, selain itu, PRN hanya akan menyebabkan kewangan semua parti yang terbabit dalam kempen pilihan raya dibazirkan begitu saja sedangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dalam lingkungan setahun setengah saja lagi.
Katanya, sepatutnya DUN tidak perlu dibubarkan dan kuasa pentadbiran negeri diserahkan kepada pemimpin PH bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa tetapi dengan dasar berbeza berbanding Barisan Nasional (BN).
“Bagaimanapun, PH tetap membuat pelbagai persiapan menjelang PRN berdasarkan pelbagai kemungkinan menjelang tarikh berkenaan.
“Sambil memfailkan kes, kami tetap membuat persiapan dari aspek perbincangan dengan rakan dalam PH mengenai pembahagian kerusi.
“Kami juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak mengenai parti yang bakal disertai empat ADUN yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan BN tumbang pada 4 Oktober lalu,” katanya.
Adly berkata, terpulang kepada bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) untuk menyertai mana-mana parti dalam komponen PH.
Beliau berkata, Sulaiman yang tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti juga tidak wajar menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan DUN.
Katanya, pembubaran DUN dibuat tanpa mengambil kira pandangan kumpulan yang mempunyai sokongan majoriti ADUN.
DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu dengan pengumuman mengenainya dibuat Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dengan mendakwa ia dipersetujui Yang di-Pertua Negeri. BH
PH Melaka cabar pembubaran DUN, yakin tiada PRN
Baca Artikel Menarik :
- Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
- Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
- Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
- PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
- Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
- Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
- Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
- Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
- Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
- Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
- Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.