DuitNow kini di Touch ‘n Go eWallet
DuitNow kini di Touch ‘n Go eWallet
Touch ‘n Go eWallet melancarkan fungsi DuitNow Transfer yang membolehkan penggunanya memindahkan wang mereka dari mana-mana akaun perbankan dalam talian secara terus ke e-dompet tersebut.
Selain memberikan fungsi dan fleksibiliti yang lebih besar kepada pengguna, ia mengembangkan Touch ‘n Go eWallet ke ruang perkhidmatan kewangan digital dengan lebih jauh.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Effendy Shahul Hamid berkata, DuitNow Transfer membolehkan pihaknya bekerja lebih baik dengan ‘sumber dana’ pengguna.
“Inisiatif ini juga membuka beberapa peluang baharu untuk pengguna kami. Contohnya, pengguna yang sibuk dengan pekerjaan harian boleh memindahkan wang dengan mudah daripada akaun perbankan dalam talian mereka ke Touch ‘n Go eWallets anak-anak, ibu bapa atau pembantu rumah.
“Justeru, majikan juga boleh menggunakan fungsi ini sebagai alternatif untuk pembayaran elaun pekerja mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.
DuitNow Transfer adalah fungsi pemindahan dana segera yang dimulakan dari akaun perbankan dalam talian dan juga eDompet yang mengambil bahagian.
Ia dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bersama untuk pasaran kewangan Malaysia.
DuitNow Transfer adalah perkhidmatan kedua dari PayNet yang telah diterima oleh Touch ‘n Go eWallet selepas DuitNow QR, piawaian kod QR kebangsaan yang membenarkan mana-mana Kod QR untuk menerima pembayaran dari mana-mana bank dan e-dompet yang mengambil bahagian.
Pembayar yang memindahkan wang ke mana-mana akaun Touch ‘n Go eWallet yang disahkan adalah lebih selamat kerana eWallet telah membolehkan pengesahan wajah, ciri keselamatan yang lebih ketat untuk akses dan transaksi eWallet.
Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga menikmati Ciri Jaminan Pulangan Wang yang menjanjikan pampasan penuh dalam masa lima hari bekerja untuk sebarang kemungkinan pembelian atau pemindahan yang tidak sah. Utusan
DuitNow kini di Touch ‘n Go eWallet
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU