Idris Haron nafi mahu pertahan Sungai Udang

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron hairan dengan kenyataan UMNO Bahagian Tangga Batu yang mendakwa telah mengenal pasti calon untuk menentangnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Idris menjelaskan, ini kerana beliau tidak pernah mengumumkan bakal mempertahan kerusi tersebut memandangkan telah bersetuju menerima cabaran Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sebelum ini.

Beliau berkata, memandangkan dia dan Mohamad Ali bukanlah anak tempatan Sungai Udang, adalah mustahil kerusi berkenaan menjadi pilihan utama untuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu bertanding.

Ujarnya, beliau kini sedang menantikan pengumuman terbuka Mohamad Ali berhubung kerusi yang akan ditandinginya, namun menjangkakan DUN Klebang atau Paya Rumput menjadi keutamaan.

“Siapa cakap saya mahu pertahan Sungai Udang? Sebelum ini Mohamad Ali cabar saya, jadi saya perlu tunggu dia umumkan kerusi yang akan ditandinginya.

“Memandangkan saya dan Mohamad Ali bukan anak tempatan Sungai Udang, maka tidak moleklah untuk berentap di sana. UMNO perlu beri peluang kepada anak tempatan menjadi wakil rakyat di DUN berkenaan.

“Banyak kerusi yang kami boleh beradu kekuatan, contoh Klebang atau Paya Rumput,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, UMNO Bahagian Tangga Batu sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding di dua kerusi panas iaitu DUN Sungai Udang dan Pantai Kundor, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Terdahulu, Mohamad Ali mencabar Idris bertanding di mana-mana kerusi DUN termasuk kerusi disandang Idris iaitu Sungai Udang.

Dalam pada itu, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengesahkan, akan mempertahan kerusi disandangnya dalam PRN kelak.

Katanya, apa yang pasti, telah wujud persefahaman dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri untuk memberi laluan kepadanya mempertahan DUN tersebut.

“Saya akan bertanding di Pantai Kundor. Atas kuota komponen PH yang mana satu belum diputuskan. Cuma yang pasti bukan atas tiket Bebas,” katanya.

Idris Haron nafi mahu pertahan Sungai Udang

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Siapa bakal menang PRN Melaka

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker