Gemar beli makanan viral, ‘cheese leleh’? Memang sedap tapi ini bahayanya!

Sebaran :

Gemar beli makanan viral, ‘cheese leleh’? Memang sedap tapi ini bahayanya!

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend di mana setiap hidangan itu ditambah dengan pelbagai bahan atau topping seperti cheese leleh.

Makanan tinggi kalori seperti ini sememangnya enak, namun ia sangatlah tidak baik untuk kesihatan kita. Ini bahaya menu tinggi kalori jika kerap diambil setiap hari.

Apakah yang dimaksudkan dengan kalori?



Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mengenai bahaya makanan tinggi kalori, adalah lebih baik jika kita memahami terlebih dahulu apakah itu kalori.

Kalori yang terdapat dalam makanan memberikan tubuh kita tenaga dalam bentuk haba agar badan dapat terus berfungsi.

Ini bermakna, kita perlu mengambil sejumlah kalori dalam makanan untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan baik.

Namun, tidak semua kalori dalam makanan adalah sama. Anda boleh mendapatkan 150 kalori hanya daripada sebiji gula-gula atau daripada 30 cawan salad segar.



Oleh itu, kita perlu mengetahui sumber makanan dan jumlah kalorinya agar kita tidak mengambil kalori secara berlebihan.

Bagi setiap jenis makanan, kita akan melihat jumlah atau bilangan kilo kalori (kcal) yang dimilikinya.

Untuk pengetahuan anda, 1 kilo kalori bersamaan dengan 1,000 kalori.

Berapakah jumlah kalori harian yang diperlukan oleh manusia?



Seorang lelaki dewasa secara puratanya memerlukan sekitar 2,500 kilokalori (kcal) setiap hari untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Bagi wanita dewasa pula memerlukan sekitar 2,000 kilokalori setiap hari.

Namun, nilai sebenar pengambilan kalori ini bergantung kepada umur, saiz dan tahap aktiviti fizikal seseorang individu tersebut.

Makanan tinggi kalori stail rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sememangnya begitu kreatif dalam mewujudkan pelbagai variasi makanan agar ia sesuai dengan perkembangan semasa.

Seperti yang dinyatakan oleh laman Public Health Malaysia, antara menu utama yang sering menjadi pilihan dan kegemaran rakyat di negara ini ialah nasi, mi, ayam, daging dan juga burger.

Namun, ia divariasikan dengan penambahan bahan atau ciri khas yang menjadikan hidangan tersebut lebih menarik dan sedap.

Antaranya ialah seperti keju leleh, keju creamy atau menggunakan istilah seperti banjir, viral dan cheesy.

Itu tidak termasuk pilihan hidangan dengan pelbagai saiz seperti saiz dulang, besen, jumbo dan lain-lain istilah lagi.

Begitu juga dengan minuman viral seperti minuman boba, kopi viral, ataupun teh pekat likat.

Gabungan hal-hal ini menjadikan kalori hidangan dan minuman tersebut meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda.

Sedar atau tidak, faktor-faktor inilah yang menjadikan kita mengambil menu tinggi kalori hampir setiap hari.

Bahaya makan makanan tinggi kalori

Terdapat beberapa bahaya jika anda kerap makan makanan tinggi kalori.

Ketika anda makan, badan anda menggunakan sebahagian daripada kalori dan dibakar sebagai sumber tenaga. Selebihnya pula akan disimpan sebagai lemak.

Pengambilan lebih banyak kalori daripada yang anda mampu bakar boleh menyebabkan anda menjadi gemuk atau mengalami berat badan berlebihan.

Ini akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser dan masalah kesihatan kronik yang lain.

Selain itu, makan secara berlebihan terutamanya makanan yang tidak sihat dapat mempengaruhi sistem pencernaan anda.

Enzim pencernaan hanya tersedia dalam jumlah yang terhad. Oleh itu, semakin besar jumlah makanan yang anda makan, semakin lama waktu yang diperlukan untuk ia dicerna.

Sekiranya anda makan secara berlebihan, lama-kelamaan proses pencernaan akan menjadi lebih perlahan.

Makanan yang anda makan akan kekal di dalam perut untuk jangka masa yang lebih lama dan cenderung untuk bertukar menjadi lemak.

Bukan itu sahaja, menu tinggi kalori juga boleh mempengaruhi kualiti tidur anda.

Jam sirkadian yang mengawal kitaran tidur anda akan menyebabkan tahap hormon tidur dan kelaparan anda mengalami turun naik sepanjang hari.

Makan makanan tinggi kalori juga boleh mengganggu irama ini dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.

Tip untuk elakkan kerap makan makanan tinggi kalori

Untuk mengelakkan anda menjadi semakin gemuk, anda semestinya perlu mengawal pengambilan kalori harian anda.

Ini tip yang boleh anda amalkan dalam tabiat pemakanan anda:

Elak penambahan topping. Jika anda memesan makanan di restoran, elakkan daripada memesan bahan atau topping tambahan seperti keju, biskut, dan lain-lain lagi. Ini juga terpakai bagi minuman anda.

Elak pertambahan saiz hidangan. Dapatkan saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan tubuh anda sahaja. Cuba elakkan daripada memesan saiz yang besar atau jumbo.

Kawal saiz hidangan. Amalkan pengiraan kalori sebelum anda membeli sesuatu produk makanan. Ini boleh membantu anda mengawal saiz hidangan kelak.

Banyakkan makan makanan berserat.
Makanan yang tinggi serat boleh membantu anda untuk berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

Elakkan gangguan ketika makan. Gangguan seperti menonton televisyen ketika makan boleh membuatkan anda makan lebih lama dan lebih banyak.

Banyakkan minum air kosong untuk mengenyangkan perut anda. Air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.

Jangan ikut trend makanan viral

Antara tujuan kewujudan makanan viral ini adalah sebagai salah satu cara pemasaran untuk melariskan makanan atau minuman yang dijual.

Ia sememangnya menarik untuk dilihat, dan sedap apabila dimakan. Namun perlu diingat, anda mungkin mengambil tiga kali ganda nilai kalori daripada yang sepatutnya.

Jika anda tidak berusaha untuk membakar kesemua kalori tersebut, ia berpotensi menjadi simpanan lemak pada tubuh anda.
Hello Doctor

Gemar beli makanan viral, ‘cheese leleh’? Memang sedap tapi ini bahayanya!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gemar beli makanan viral, ‘cheese leleh’? Memang sedap tapi ini bahayanya!

5 artis popular Malaysia menghilang tanpa khabar dari dunia hiburan


Sebaran :

Leave a Reply