5 artis popular Malaysia menghilang tanpa khabar dari dunia hiburan

5 artis popular Malaysia menghilang tanpa khabar dari dunia hiburan

HANYA berbekalkan jumlah pengikut yang ramai di laman sosial seperti Instagram dan TikTok, kemunculan artis di Malaysia kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, tidak semua artis sukakan kehidupan yang penuh ‘glamour’. Ini menyebabkan sesetengah artis memilih untuk menghilangkan diri tanpa sebarang berita dan terus menyepi dari dunia hiburan.

Walaupun artis ini sudah hilang dari radar dunia hiburan, hasil naskhah lakonan dan nyanyian ikhlas mereka tetap berada di dalam ingatan peminat tanah air. Kemunculan semula artis ini semestinya ditunggu-tunggu ramai dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh mereka.

URTV kali ini ingin berkongsi 5 artis popular yang sudah lama menghilang dari industri hiburan.

Malique

Kehilangan Malique masih menjadi tanda tanya peminat sejak terkuburnya kumpulan Too Phat bersama Joe Flizzow pada 2007. Anak kelahiran Johor Bahru yang mesra disapa sebagai ‘The General’ mula aktif dalam dunia hiburan sejak 1998 dengan memperjuangkan genre muzik hip-hop dan rap yang memberi nafas baru dalam industri seni pada ketika itu.

Walaupun muncul dengan lagu-lagu baru seperti Mantera Beradu (bersama Datuk M. Nasir), Cerita Kedai Kopi (bersama Salam), Teman Pengganti (bersama Black Hanifah) dan Pejamkan Mata (bersama Dayang Nurfaizah), namun Malique tidak pernah membuat kemunculan di mana-mana media dan lebih selesa berada di belakang tabir.

Anita Sarawak

Sudah sedekad penyanyi kelahiran Singapura menghilangkan diri dan membuat keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat bagi menikmati kehidupan yang normal dari dunia hiburan. Anita yang mesra disapa sebagai Kak Nita merupakan anak kepada seniman dan seniwati lagenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak.

Kepintarannya mengimbangkan persembahan irama klasik dan moden membuatkan karyanya menjadi perhatian peminat muzik sehingga kini. Antara hasil karyanya seperti Seksis, Joget Sayang Disayang, Akhirnya Kini Pasti dan banyak lagi!

Pierre Andre

Pierre Andre merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan, mula berundur dari dunia hiburan setelah tamat mengarahkan filem bertajuk Kecoh! Primadona Kena Hantu pada 2016.

Walaupun Pierre tidak begitu aktif di laman sosial, sesekali dia turut membantu dalam mengarahkan filem pendek untuk saluran YouTube keluarganya iaitu Andre Brothers Pictures.

Pierre mula meraih populariti selepas memegang watak sebagai Reza di dalam filem Gol & Gincu pada 2005.

Waheeda

Waheeda pernah menjadi suatu fenomena di Malaysia menerusi karya muzik berentak arab bertajuk Wassini pada suatu ketika dahulu.

Namun, Waheeda memilih untuk berehat dari dunia hiburan selepas mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy pada 2009.

Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, Waheeda juga turut berlakon di dalam filem Jutawan Fakir, Tujuh Perhentian, I Know What You Did Last Raya, Anak Mami Kembali dan Nana Tanjung.

Encik Mimpi

Mohd. Azam Zamri atau lebih dikenali sebagai Encik Mimpi merupakan seorang penyanyi terkenal yang mempunyai perwatakan menarik dengan memakai topeng menutup sebahagian mukanya.

Dia mula meraih perhatian ramai melalui lagu bertajuk Rindukanlah. Sehingga kini, Encik Mimpi masih mengekalkan identiti misterinya dengan membawakan lagu berentak akustik.

Kali terakhir dilihat aktif di laman sosial Instagram adalah pada akhir Februari 2019 dengan gambar bertulis “Sorry kepada anyone jika ada yang merindu. Buat masa ini, izinkanku rehat sedikit masa lagi ya. Miss you too.”

Walau di mana mereka berada, semoga sentiasa sihat dan bersama yang tersayang. Utv

5 artis popular Malaysia menghilang tanpa khabar dari dunia hiburan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker