Orang yang tabah memaafkan – Erra Fazira

Sebaran :

Orang yang tabah memaafkan – Erra Fazira

Pelakon terkenal Erra Fazira, 47, kembali tenang menjalani kehidupan seperti biasa selepas dihimpit gosip panas kononnya mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik berstatus menteri, awal minggu ini.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek itu juga memberi bayangan dia seorang yang tabah dan telah memaafkan apa yang berlaku sebelum ini.

“Orang yang lemah membalas dendam, orang yang tabah memaafkan.



“Orang yang bijaksana, mengabaikan. Kalian yang mana satu? Pilihlah dengan berhati-hati,” tulisnya menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Isnin lalu, nama Erra menjadi kontroversi apabila seorang netizen memetik namanya dan mendakwa dia sudah menjadi isteri kedua kepada seorang menteri.

Bagaimanapun, individu berkenaan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau telah bernikah dengan Erra seperti yang didakwa.

Erra yang merupakan bekas Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 itu mengambil pendekatan enggan mengambil pusing tentang semua dakwaan netizen dalam media sosial.



“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

“Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya.

Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.



Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun. MG

Orang yang tabah memaafkan – Erra Fazira


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol


Sebaran :

Leave a Reply