Lelaki gertak pukul orang awam, polis lakukan siasatan

Lelaki gertak pukul orang awam, polis lakukan siasatan

Polis sedang menyiasat video tular ‘gurauan’ seorang lelaki seperti mahu memukul orang awam di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Video tular itu dikesan pada 15 Oktober lalu kira-kira jam lebih kurang 6.30 petang, yang dimuat naik oleh pemilik halaman Facebook menggunakan nama profil “Kongsi Segala Info”.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Anuar Omar berkata, video berdurasi 29 saat itu telah tular di laman sosial Facebook, dan kerana memaparkan tindakan seorang lelaki seolah-olah mahu mencederakan orang awam ketika menaiki eskalator.

Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat mengangkat tangan seperti menggertak mahu memukul orang ramai.

Bagaimanapun, beliau berkata tarikh dan masa kejadian sebenar video itu dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini.

Sehubungan itu, Anuar menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu sehingga pihak polis selesai menjalankan siasatan.

“Mangsa atau mana-mana saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan video ini dikehendaki hadir memberi keterangan.

“Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat lain berkaitan jenayah hendaklah disalurkan melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana Balai Polis yang berdekatan. FMT

Lelaki gertak pukul orang awam, polis lakukan siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker