Lelaki dukung teman wanita merajuk di tepi jalan

Lelaki dukung teman wanita merajuk di tepi jalan

JAKARTA – Gelagat sepasang kekasih yang bertengkar di tepi jalan mengundang tawa netizen apabila si teman wanita terpaksa didukung ke atas motosikal selepas gagal dipujuk teman lelakinya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu klip video yang tular di TikTok, gadis tersebut dirakam turun dari motosikal teman lelakinya dan berjalan kaki tanpa menghiraukan lelaki itu.

Teman lelakinya mengekori gadis tersebut dari belakang sehingga pada suatu ketika dia bertindak mendukung teman wanitanya dan meletakkannya di atas motosikal, dipercayai kerana gagal dipujuk.

Menurut individu yang merakam aksi itu, pada awalnya dia menyangka bahawa motosikal itu kehabisan minyak.

“Bagaimanapun, selepas lama memerhati, lelaki itu bertindak mengangkat teman wanitanya ke atas motosikal secara paksa selepas dia dilihat cuba memujuk gadis tersebut.

“Mungkin dia telah hilang sabar kerana pujukannya tidak berhasil,” kata keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima lebih satu juta tontonan daripada netizen yang terhibur melihatkan aksi itu.

“Kalau ada masalah jangan dibawa di jalan raya,” komen seorang netizen. K Online

Lelaki dukung teman wanita merajuk di tepi jalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker