Pegawai polis dan rakan maut, kereta rempuh pokok

Pegawai polis dan rakan maut, kereta rempuh pokok

KOTA KINABALU – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) bersama rakannya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lintas, Metrotown, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, mangsa, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan Dylevia Dewalter, 38, disahkan meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth Elizebeth II (HQEII).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati kenderaan Nissan Almera dipandu wanita berkenaan dipercayai dari arah Citymall menuju ke Jalan Tuaran Bypass.

“Bagaimanapun, kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan mangsa yang terbabas sendiri sebelum merempuh sebatang pokok.

“Semua mangsa dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan terbabit sebelum ditemui di dalam parit pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Kecemasan HQEII sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan,” katanya sewaktu dihubungi hari ini.

Jelas beliau, keadaan jalan lengang ketika kejadian berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K Online

Pegawai polis dan rakan maut, kereta rempuh pokok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker