Kedai nasi kandar tertua di P Pinang didenda RM10,000 kerana langgar SOP

GEORGE TOWN: Restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Hameediyah didenda RM10,000 menjelang hujung minggu ini yang dijangka dikunjungi ramai pelanggan, yang kebanyakannya datang dari kawasan lain.

Premis di Jalan Campbell itu didenda RM10,000 selepas polis mendapati empat pekerjanya gagal mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memulakan kerja.

Pengarah restoran, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim memberitahu FMT, sekurang-kurangnya 15 anggota polis bersama tiga kenderaan tiba di restoran itu kira-kira 3 petang, selepas pekerjanya kembali daripada rehat dan menunaikan solat Jumaat.

Beliau kesal dengan cara polis menyerbu restoran itu kerana ia dipenuhi pelanggan yang menyebabkan mereka berasa kurang senang dengannya.

“Kami mengakui terlepas pandang perkara itu dan segera meminta maaf kepada pegawai bertugas. Tetapi, untuk datang dengan jumlah anggota yang ramai dalam ruang restoran kecil sangat mengecewakan,” katanya.

Riyaaz berkata, susilan itu, mereka memutuskan untuk segera menutup kedai.

Bagaimanapun, ramai pelanggan yang sedang menunggu dan mereka meminta restoran tetap dibuka kerana ada yang datang dari Kuala Lumpur.

Mereka kemudian memutuskan untuk menutup kedai pada sebelah petang.

Restoran berkenaan mempunyai 20 pekerja, yang semuanya sudah lengkap divaksin dan ia meliputi separuh daripada kapasiti restoran.

Kompaun berjumlah RM10,000 dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Nasional) 2021 kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan Ketua Pengarah Kesihatan .

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata, semua pengusaha perniagaan mesti memastikan pelanggan mematuhi SOP ditetapkan.

“SOP ini bukanlah perkara baharu dan polis akan melakukan pemeriksaan di semua kedai dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker