Bill Clinton masuk ICU

Bill Clinton masuk ICU

LOS ANGELES : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton, 75, kini dirawat di hospital selepas terkena jangkitan, menurut seorang jurucakap beliau.

Doktor memaklumkan, Clinton bertindak balas dengan baik di pusat perubatan di Irvine, California, namun jangkitan itu tidak berkaitan dengan COVID-19.



“Pada Selasa malam, Presiden Clinton dimasukkan ke Pusat Perubatan University of California Irvine (UCI) untuk menerima rawatan ekoran jangkitan yang tidak berkaitan dengan COVID-19,” ciap juru cakap mantan presiden itu, Angel Urena di Twitter.

“Beliau dalam proses sembuh, semangatnya baik dan begitu berterima kasih kepada doktor, jururawat dan kakitangan yang memberikan rawatan sempurna kepadanya,” katanya.

Doktor di Pusat Perubatan UCI mengesahkan kemasukan Clinton untuk rawatan itu dan Urena juga membuat ciapan semula kenyataan dari doktor Clinton yang berada di hospital, Dr Alpesh Amin dan Dr Lisa Bardack.

“Presiden Clinton dibawa ke Pusat Perubatan UCI dan didiagnosis kerana jangkitan. Belaiu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan pemantauan rapi dan diberikan antibiotik serta dipantau keadaannya.



“Selepas dua hari menjalani rawatan, jumlah sel darah putihnya menurun dan beliau bertindak balas terhadap antibiotik dengan baik. Kami berharap beliau segera sembuh,” tambah kenyataan itu.

Seorang wartawan yang berada di hospital berkenaan melaporkan keadaan tenang, tanpa petunjuk ada pesakit kenamaan menerima rawatan di sana.

Namun, sekumpulan petugas media berkumpul di tempat meletak kereta bagi menunggu perkembangan terkini.

CNN melaporkan jangkitan yang berlaku terhadap saluran kencingnya sudah merebak ke dalam saluran darah.



Wartawan perubatan saluran berita itu, Sanjay Gupta, memaklumkan Clinton dilaporkan berasa letih ketika lawatannya ke California pada Selasa sebelum mengunjungi hospital untuk ujian berkaitan COVID-19 dan jantung.

Clinton berkhidmat sebagai Presiden AS ke-42 antara 1993 hingga 2001, dipilih pada usia 46 tahun, beliau adalah presiden ketiga termuda ketiga dalam sejarah kepemimpinan presiden AS. BH

Bill Clinton masuk ICU


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker