Hairul Azreen bawa keluarga bercuti naik helikopter
Hairul Azreen bawa keluarga bercuti naik helikopter
Pelakon dan usahawan terkenal, Hairul Azreen mencuri perhatian warganet apabila membawa keluarga kecilnya bercuti ke sebuah pulau peranginan menaiki sebuah helikopter.
Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Paskal itu berkongsi satu video yang memaparkan keluarganya sedang dalam perjalanan dari ibu kota ke sebuah pulau menaiki helikopter tersebut.
Kongsi Hairul, akhirnya dia dapat membawa isteri tercinta yang juga pelakon, Hanis Zalikha dan sepasang cahaya matanya bercuti setelah sekian lama tidak membuat aktiviti berkenaan.
“Bercuti bersama keluarga saya setelah sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau #sayatenangdilaut,” coretnya ringkas di Instagram.
Pemerhatian mendapati, perkongsian tersebut menerima reaksi pantas daripada rata-rata warganet dan rakan artis sekali gus dihujani pelbagai komen.
“Another level ek, haha. Selamat bercuti abang dan keluarga,” komen pelakon Elvina Mohamad.
“Itu dia, bukan biasa-biasa. Usaha mereka dalam mencapai kehidupan yang sekarang pun bukan senang setanding dengan usaha mereka,” tulis seorang warganet.
“Wow, ini betul-betul kayangan,” komen lagi seorang warganet di ruangan komen itu.
Hairul dan Hanis diijab kabul pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2. Utusan
Hairul Azreen bawa keluarga bercuti naik helikopter
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.