Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
MENAWARKAN lebih 20 aneka perisa menjadikan cakoi daripada Golden Stick cukup istimewa dan lain daripada kebiasaan sehingga orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata ingin mencubanya. Beroperasi di sebuah Food Truck berwarna hitam terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, perniagaan cakoi tersebut diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Mohd. Shamsul Ariffin Abdul Fadil, 35, dan Nor Aina Amira Mohd. Rejab, 22, sejak Mei lalu.
Menurut Mohd. Shamsul Ari n, sebelum ini dia mengusahakan perusahaan cakoi itu menggunakan jenama Mr. Sam You Char Kway dan beroperasi lebih 20 tahun di Johor kemudian berhijrah ke Cheras dengan menggunakan nama baharu, Golden Stick.
“Antara perisa yang cukup popular di sini ialah keju coklat, double dark coklat, butterscotch, coklat kacang, teh hijau, strawberi, coklat putih, chicken floss, kayu manis, coklat karamel, keju coklat dan coklat kacang.
GOLDEN Stick menghidangkan lebih 20 perisa cakoi dijual pada harga RM1 hingga RM6 satu.
“Selain menawarkan aneka perisa, kami juga menghidangkan cakoi berinti ayam dan daging masak lada hitam serta beriani kambing,” katanya yang berasal dari Kampung Melayu, Johor Bahru, Johor.
Di samping itu, Golden Stick juga menawarkan cakoi original yang dimakan bersama kaya dan sambal kacang serta menu lain seperti pau kacang.
Bercerita mengenai idea untuk memberi nafas baharu kepada cakoi itu dengan menawarkan pelbagai perisa, Mohd. Shamsul Ari n berkata, ia tercetus ketika menjalankan perniagaan tersebut berdekatan sebuah sekolah di Johor yang mana pada awalnya ingin menarik perhatian pelajar-pelajar di situ.
“Ketika itu saya hanya menawarkan tiga jenis perisa iaitu coklat, kacang dan chicken ‑ oss, tetapi sambutan yang diterima luar biasa sehingga beberapa perisa lain dihasilkan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
CAKOI berintikan ayam dan daging masak lada hitam antara yang perlu dicuba kerana ia bukan sahaja enak tetapi lain daripada lain.
“Saya mengolah semula formula membuat adunan doh cakoi agar ia sesuai untuk meletak pelbagai perisa di bahagian atas dengan mengurangkan minyak dan memastikan teksturnya tidak lembik,” ulas anak kelima daripada 10 beradik itu.
Tambah bapa kepada lima orang cahaya mata itu, membuat adunan tepung tidak asing baginya kerana seawal usia sembilan tahun telah membantu keluarga menjalankan perniagaan cakoi.
Sehubungan itu, cakoi yang dihasilkan olehnya bukan sahaja enak, tetapi mempunyai tekstur lembut di dalam dan ranggup pada bahagian luar.
Selain itu, ia juga tidak mudah rosak serta mampu bertahan selama dua hingga tiga hari.
Justeru, tidak hairanlah Golden Stick meraih jualan lebih 2,000 batang cakoi sehari yang mana pelanggannya datang dari Kuala Lumpur dan Selangor. Mohd. Shamsul Ariffin memberitahu, dia kini bakal memperkenalkan menu-menu baharu yang dimakan bersama cakoi seperti bone steak kambing, rojak cakoi kuah petis, tau suan dan banyak lagi.
Dia juga merancang untuk membuka cawangan baharu di beberapa lokasi di Selangor bagi melebarkan lagi sayap perniagaan tersebut. K Online
Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.