Orang kurus ada ‘tangki’ lebih besar, berpenyakit

Orang kurus ada ‘tangki’ lebih besar, berpenyakit

Tanggapan orang ramai yang menyifatkan individu berbadan besar mempunyai ‘tangki’ lebih luas di dalam perutnya dilihat tidak tepat berikutan bentuk badan seseorang tidak menggambarkan saiz kantung perut mereka.

Menurut seorang pakar perunding pembedahan dan bariatrik dikenali sebagai Dr. Mustafa Mohammed Taher di Instagramnya, banyak kes dikendalikannya membuktikan saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz fizikal seseorang.

Menerusi perkongsian itu, Dr. Mustafa yang lebih dikenali sebagai Pak Long turut membandingkan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dimana ia dilihat lebih besar berbanding individu bersaiz gempal.

“Ada pesakit Pak Long dikategorikan sebagai saiz sederhana tetapi mempunyai kantung perut lebih besar selain berpenyakit.

“Tetapi, ada juga pesakit melebihi 100 kilogram namun saiz perutnya lebih kecil selain kurang komplikasi dalaman,” katanya.

Ketika memberi contoh menerusi hantaran Instagramnya, Dr. Mustafa turut mendedahkan pesakit bersaiz kecil bukan sahaja mempunyai kantung perut besar malah berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan hati berlemak.

“Sebab itu, kalau ada pesakit tanya kenapa kos pembedahan bagi kategori individu berbadan kurus dan ‘plus size’ adalah sama, ia kerana pembedahan bukan mengikut timbang kilogram.

“Sebaliknya, ia mengambil kira ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian serta rawatan selepas pembedahan itu,” jelasnya.

Sementara itu, perkongsian Dr. Mustafa turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial dimana rata-rata mereka menyifatkan orang kurus juga berisiko dijangkiti pelbagai penyakit.

“Kadang-kadang orang kurus pun ada kalori dan kolesterol tinggi,” kata @Afirhuls.

“Aku kurus keding ini, makan banyak pun tak naik juga, macam mana itu,” soal @Itschaerynn.

“Ingat orang kurus sihat ke? Tengok ini, ada yang kurus, tetapi perut dia besar dan ada pelbagai penyakit,” kata @Perols. K Online

Orang kurus ada ‘tangki’ lebih besar, berpenyakit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker