Jaguh Lompat Jauh Para Negara Abdul Latif Seakan Tidak Percaya Terima Gelaran Datuk

Jaguh Lompat Jauh Para Negara Abdul Latif Seakan Tidak Percaya Terima Gelaran Datuk

JAGUH lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, sama sekali tidak pernah menduga bahawa dia akan menerima Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk, pada Selasa.

Anak jati Perlis itu berkata, dia bersyukur kerana kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.



Tambah pemenang pingat emas dua edisi Sukan Paralimpik berturut-turut itu, penganugerahan berkenaan akan melonjakkan semangatnya untuk terus mencurahkan bakti buat negara.

“Ia permulaan yang baik buat saya apabila mendapat gelaran ini dan saya harap ia dapat memotivasikan diri saya untuk lebih maju dalam temasya yang akan datang.

“Saya berharap ia dapat menjadi inspirasi buat atlet-atlet lain, terutama atlet para negara.

“Saya diberitahu mengenai perkara itu seminggu sebelum penganugerahan dan saya amat gementar.



“Semalam, perasaan gementarnya memang lain macam dan apabila orang mula memanggil saya Datuk, saya berasa janggal kerana masih belum biasa,” katanya semalam.-AA

Jaguh Lompat Jauh Para Negara Abdul Latif Seakan Tidak Percaya Terima Gelaran Datuk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker