Populasi dewasa lengkap vaksin di Malaysia cecah 90%
Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini melebihi 90 peratus iaitu 90.4 peratus atau 21,154,357 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,200,207 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 184,486 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam bagi golongan dewasa melibatkan 52,302 dos pertama dan 132,184 dos kedua.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 45,835,200.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 283,023 atau 9.0 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 64.4 peratus remaja atau 2,310,495 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.
– Bernama
Populasi dewasa lengkap vaksin di Malaysia cecah 90%
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
SUHAKAM lebih ‘juarakan’ golongan songsang berbanding Islamofobia?
You must be logged in to post a comment.