PAS puji Guan Eng berhubung bantuan sekolah tahfiz
PAS puji Guan Eng berhubung bantuan sekolah tahfiz
Seorang Ahli Parlimen PAS memuji bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana tetap menyalurkan bantuan bernilai RM100 juta kepada sekolah tahfiz walaupun sering berbeza pendapat ketika era Pakatan Harapan (PH).
Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membuat kenyataan itu selepas melihat banyak sekolah tahfiz yang menderita dan tidak mampu meneruskan operasi kerana tekanan kewangan akibat pandemik Covid-19.
Justeru, beliau mendesak kerajaan segera membuat pengumuman bantuan sekali beri kepada sekolah tahfiz yang kebanyakannya sudah gulung tikar.
“Kita tak pertikai bantuan kepada sekolah aliran Cina tetapi dalam masa sama berapa sumbangan kepada sekolah tahfiz?
Kalau dulu era Bagan (Lim Guan Eng), walaupun banyak perkara kita tidak setuju tapi beliau tetap berikan RM100 juta untuk sekolah tahfiz jadi kenapa tidak dalam era ini, pengumuman segera dibuat berapa ratus juta untuk pendidikan dan bantuan segera kepada sekolah tahfiz,” katanya di Dewan Rakyat.
Fadhli juga mendesak Putrajaya membatalkan kenaikan cabutan nombor ramalan sebanyak 22 kali setahun pada tahun ini, sambil menegaskan ia tidak memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.
Beliau berkata, Putrajaya seharusnya tidak bertindak memaksa anggota kerajaan (wakil rakyat menyokong kerajaan) seperti PAS untuk membuat ugutan dalam kerajaan yang mempunyai majoriti kecil.
“Ia beri isyarat tidak baik, berapa banyak sangat wang yang dapat disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan yang akhirnya mengundang ketidakberkatan dalam perbelanjaan negara.
“Saya harap jangan memaksa kita ahli kerajaan membuat ugutan dalam (kerajaan) majoriti yang kecil,” katanya. FMT
NOTA : Nampaknya Ahmad Fadli lupa di bawah BN, sekolah tahfiz mendapat lebih banyak bantuan dari di bawah PH. Minat sangat agaknya kepada PH.
PAS puji Guan Eng berhubung bantuan sekolah tahfiz
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU