Kelantan akan bertindak pada kakitangan awam berpakaian ketat

Sebaran :

Kelantan akan bertindak pada kakitangan awam berpakaian ketat

Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam negeri sekiranya didapati berpakaian tidak menutup aurat khususnya bagi kakitangan wanita.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Nassuruddin Daud, berkata soal yang berkaitan dengan pemakaian kakitangan negeri sememangnya sudah ada garis panduan yang ditetapkan.

“Mengenai pakaian kakitangan sebenarnya kita ada garis panduan yang ditetapkan.

“Namun kita tak nafikan ada kakitangan yang pakai ketat. Jadi kita akan minta pihak pentadbiran bagi nasihat. (Dalam hal ini) kita akan ambil tindakan,” katanya pada majlis Dialog Ummah Negeri Kelantan siri ketujuh yang berlangsung secara dalam talian, malam tadi.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti itu berkata demikian sebagai menjawab soalan peserta program yang menyentuh mengenai aspek pemakaian dalam kalangan penjawat awam negeri itu.

Sementara itu ditanya mengenai apakah peranan yang menjadi kelompongan dalam sistem pendidikan susulan kes-kes gejala sosial di Kelantan, Mohd Nassuruddin berkata, perkara tersebut sepatutnya diambil berat oleh golongan ibu bapa dalam mentarbiyah institusi keluarga.

Menurutnya, sistem pendidikan sama ada melalui institusi masjid dan sekolah-sekolah sudah berjalan dengan baik.

“Sebenarnya dari sudut pendidikan Islam di Kelantan dalam masyarakat kita di masjid, surau dan madrasah sudah ada tenaga pengajar.

“Di sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah, menangah kebangsaan atau sekolah agama pun mempunyai kurikulumnya dari segi pendidikan Islam, alhamdulillah.

“Cumanya keluarga patutnya ambil berat. Kita sebagai ibu bapa kadang-kadang tak ambil berat soal tarbiyah pendidikan islam, bukan saja belajar tapi segi akhlak Islam.

“Sekarang ini perkara-perkara yang menarik ke araf perkara negatif terlalu banyak,” katanya.

Tambanya lagi, perkara tersebut tidak wajar dipertanggungjawab kepada kerajaan negeri sebaliknya perlu kerjasama daripada semua pihak.

Justeru katanya, institusi kekeluargaan perlu berperanan dan diperkasa dengan sebaiknya.

“Kerajaan kena buat kerja kerajaan, ibu bapa kena buat kerja ibu bapa. Dari segi pendidikan Islam alhamdulillah,” kata Mohd Nassuruddin.

Sebagai rekod mengikut menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan melalui Seksyen 5 (1) iaitu melakukan perbuatan tidak sopan termasuk cara berpakaian boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan. Mk

Kelantan akan bertindak pada kakitangan awam berpakaian ketat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang


Sebaran :

Leave a Reply